Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang tahap-tahap jangkitan yang dialami oleh pesakit Coronavirus kan.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun menjelaskan bahawa terdapat lima tahap yang jangkitan Covid-19 pada manusia menerusi Twitter kementerian terbabit.
#Tahap 1 – Tidak bergejala (Asymptomatic)
Pada tahap ini, pesakit wabak ini tidak akan menunjukkan gejala bahawa mereka dijangkiti. Sebab ni lah penting untuk kuarantinkan diri kita jika baru balik dari negara lokasi hotspot seperti Itali dan China.
#Tahap 2 – Bergejala tanpa radang paru-paru
Pesakit tahap ini akan mengalami simptom-simptom jangkitan namun tidak mempunyai masalah radang paru-paru. Antara simptom jangkitan ialah demam, batuk dan masalah pernafasan.
#Tahap 3 – Bergejala dengan radang paru-paru
Selain menghadapi tanda-tanda jangkitan virus ini, pesakit stage ini pula akan mengalami masalah radang paru-paru.
#Tahap 4- Bergejala, ada radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen
Bagi pesakit tahap 4 pula, mereka akan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.
#Tahap 5- Pesakit mula kritikal dengan penglibatan multiorgan
Tahap ini merupakan tahap yang paling tidak diingini oleh pesakit kerana pelbagai organ pesakit telah mulai kritikal.
Menurut KKM, 88 peratus pesakit wabak ini di Malaysia berada di tahap satu dan dua.
So, untuk elakkan semua peringkat ini, sama-sama lah kita stay at home untuk putuskan rantaian penyakit berjangkit ini.