in

8 Produk Drugstore Bagus Untuk Kulit Sensitif

Page Produk 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kulit yang sensitif memerlukan cara penjagaan yang betul bagi memastikan ianya sentiasa flawless tanpa ada kemerah-merahan dan mengelupas akibat dari tersalah penggunaan produk.


Kebiasaannya korang yang ada masalah ni mempunyai kulit yang nipis serta senang terkena iritasi. So, kat sini admin nak recommend korang lapan produk drugstore bagus untuk kulit sensitif.

 

1. Simple Refreshing Facial Wash Gel

Produk Simple mempunyai pelbagai range termasuklah “Kind to Skin” yang dirumus khas untuk korang yang ada kulit sensitif. Ramai yang memberikan green light untuk produk ni dipakai lagi-lagi disebabkan takde harsh chemicals, bau atau pewarna tiruan serta 100% bebas sabun. Ia juga tak mengeringkan kulit bila dipakai.

Harga: RM17.64/150ml

 

2. Sukin Sensitive Cleansing Gel

Produk Sukin ni kira baru je lagi dijual dekat drugstore di Malaysia. Juga direcommend oleh mereka yang ada masalah kulit sensitif, Sukin Sensitive Cleansing Gel mengandungi ekstrak timun, chamomile dan green tea untuk legakan kulit muka. Walaupun dengan bahan lembut-lembut je yang digunakan, produk ni mampu nak bersihkan kulit muka dan memastikan kulit sentiasa bersih.

Harga: RM26.40/125ml

 

3. Avene Gentle Toner

Produk ni mendapat lima bintang daripada mereka yang mempunyai kulit teramat sensitif! Biasalah kalau toner biasanya akan mengeringkan kulit tapi Avene Gentle Toner ni sangat-sangat perfect untuk kulit sensitif sebab takde kandungan alkohol. Dengan memakai produk ni, kulit akan sentiasa lembut dan lega sebab tak berikan kesan iritasi.

Harga: RM75.56/200ml

 

4. Neutrogena Alcohol Free Toner

Neutrogena memang banyak mengeluarkan produk yang tidak mengecewakan pengguna mereka. Korang mesti dah tau yang produk mengandungi alkohol is a big no-no kalau ada kulit sensitif. Alcohol free toner ni memang sesuai untuk korang mengelakkan daripada iritasi, rasa kulit tertarik dan kering. Nak tau apa lagi yang bagus? Ia juga hypo-allergenic dan dermatologist tested, so, selamat untuk digunakan.

Harga: RM18.58/150ml

 

5. Trilogy Very Gentle Calming Serum

Produk ni sering kali kita terlepas pandang sebab jarang disebut-sebut. Tapi serum keluaran mereka terutamanya yang Very Gentle Calming Serum sangat bagus untuk kulit sensitif. Dengan kandungan minyak Maqui berry ia mampu untuk melindungi dan mengurangkan rasa iritasi pada kulit muka. Kandungan Calendula, Chamomile dan Green Tea juga turut membantu dalam melegakan kulit muka.

Harga: 145.28/30ml

 

6. Klairs Rich Moist Soothing Serum

Produk ni pun baru jugak dijual di drugstore tapi semua pasti dah tau kehebatannya dalam membantu mencantikkan kulit. Rich Moist Soothing Serum ni bebas ethanol, pewarna dan pewangi tiruan sebab semua tu tak bagus untuk kulit sensitif. Ia juga membantu membekalkan kelembapan yang secukupnya. Selain tu, produk ni jugak bagus sebab mengandungi cooling feature yang dapat menurunkan suhu kulit yang panas bila kena sinaran matahari.

Harga: RM93.00/80ml

 

7. Eucerin Soothing Cream

Produk Eucerin ini telah dibuktikan secara klinikal, maka ianya selamat untuk dipakai. Krim ini sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit wajah. Selain itu, ia juga mengandungi omega dan fatty acid yang dapat melegakan kulit kering. Bukan tu je, ia juga mempunyai bahan macam Licochalcone A yang dapat melembutkan dan melegakan iritasi serta memastikan kulit tidak terlalu kering.

Harga: RM66.98/50ml

 

8. Cetaphil Moisturizing Cream

Cetaphil ni terbukti antara produk yang bagus di pasaran kerana memahami keperluan pengguna. Moisture Cream dari mereka telah terbukti berkesan dari segi klinikal dan dapat membantu melegakan kulit yang sensitif. Ianya bagus untuk digunakan kalau korang ada kulit yang mudah terkena eczema jugak. Kandungannya juga bebas dari bahan pewangi dan tidak akan menyebabkan iritasi.

Harga: RM32.88/50g

Kalau korang ada masalah kulit sensitif, boleh cuba produk-produk ni. Walaupun setiap produk mendapat recommendation daripada pengguna-pengguna lain yang ada kulit sensitif, korang kena ingat yang semuanya terpulang kepada keserasian produk dengan kulit masing-masing.

Lepas ni takde dah masalah iritasi kulit.

Baca: 7 Serum Terbaik, Rahsia Kulit Muka Flawless

Page Mekap 2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.