in

7 Mindset Buat Budak Melayu Masih Tak Terer English Walaupun Dah 2018

Page Bi2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang wajib dipelajari di sekolah dekat Malaysia ni. Walaupun dah belajar dari zaman tadika sampailah form five, budak Melayu masih tak dapat kuasai BI tak sama macam apa yang dah dipelajari sepanjang beberapa tahun tu.


Tapi sebenarnya tak pelik tau kenapa walaupun dah belajar bertahun-tahun, budak Melayu still tak terer BI. Mana taknya, setiap kali nak praktis pakai BI, ada je mulut-mulut yang bising sampai menjatuhkan orang lain. Kalau korang nak tau ini 7 mindset buat budak Melayu masih tak terer English walaupun dah 2018.

 

1. “Ala, poyo lah asyik nak cakap omputih je!”

Satu je cara nak kuasai BI iaitu dengan praktis. But kat Malaysia ni memang suasana tak berapa nak memberangsangkanlah kan. Sebabnya, bila ada yang berani nak cakap BI atau nak tulis kat media sosial dalam BI, ada je orang nak condemn kata poyo lah, bajet mat saleh lah dan macam-macam lagi. Salah ke dia nak try bahasa kedua tu? Practice makes perfect okaaaay!

Giphy 2 3

 

2. “Kalau tak reti cakap BI, cakap BM dah lah! Tak yah acah pandai!”

Bi1
gambar hiasan

Ni pun sama macam kes tadi. Bila orang ada confident nak try cakap or tulis dalam bahasa Inggeris tapi ada buat kesalahan, mesti akan ada grammar nazi yang akan bising, mengutuk dan mengata orang tu sebab ada salah. Padahal, sekurang-kurangnya orang tu ada inisiatif nak guna BI dan sepatutnya orang lain yang nampak kesalahan ni, tegur dengan cara yang baik supaya dia boleh perbaiki kesalahan tanpa rasa diperkecilkan.

 

3. “Patutnya kena bangga dengan Bahasa Melayu! Ni tak, BI jugak yang nak diangkat!”

Betul, Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita yang harus didahulukan berbanding bahasa lain. Tapi kalau kita tahu dan fasih berbahasa Inggeris tak semestinya bermaksud kita dah lupakan bahasa Melayu. Bila balik kampung pun, orang cakap Melayu jugak nanti. So, sebenarnya tak ada masalah pun kalau pandai berbahasa Inggeris. Lagipun kalau nak travel overseas, mestilah nak kena communicate dengan orang sana in english betul tak?

Jki
sumber: facebook

 

4. “Nak cakap omputih sangat kenapa? Bukan penting pun!”

Bi3
gambar hiasan

Tapi semua kena ingat, zaman sekarang ni, kalau kerja dalam bidang profesional terutamanya, memiliki kemahiran untuk berbahasa Inggeris adalah keutamaan. Even kalau pergi interview kerja pun, dorang akan cakap in English. Satu lagi, dengan BI ni, luas lah sikit nak kembangkan karier. Takde lah dalam Malaysia je. Betul tak?

 

5. “Susah English ni. Buat penat je nak belajar!”

Sedih bila budak-budak ni ada mindset yang fikir English ni susah padahal sebenarnya takde lah susah mana. Dorang malas nak usaha sikit dan takut nak guna English ni. Kenapa? Sebab takut kang salah, ada pulak mulut-mulut jahat yang kecam dan gelakkan. Tak susah mana pun BI ni just kena rajin sikit lah ye.

Giphy 6 2

 

6. “Cakap Melayu je lah senang nak paham!”

Bi4
gambar hiasan

Kadang antara sebab tak dapat nak master BI ni sebab tak ada geng yang sama-sama boleh dan nak cakap BI. Bila start bukak mulut guna BI, kawan-kawan macam tak puas hati sebab dia pun tak berapa nak faham sebenarnya BI, so bagi dia better lah nak cakap BM, awat nak speaking-speaking plak kan. So, because of that, tak dapatlah nak praktis cakap BI dengan kawan-kawan.

 

7. “Boleh tak jangan nak tiru budaya barat? Budaya Melayu dah cukup bagus!”

Pelik, macam mana Bahasa Inggeris jadi ancaman kepada budaya Melayu. Cakap omputih je pun, bukannya meniru apa-apa budaya western tu. Tak payah rasa tercabar dengan bahasa tu. Takdenya dengan speaking tiap-tiap hari tetibe rambut tukar jadi blonde atau baju jadi singkat bagai. Chillex okay! Pakai baju kurung pun takde hal lah nak speaking!

Giphy 4 2

Ok guys, konklusinya korang kena jadi lebih berani, open dan jangan asyik nak kecam je. Kan bagus kalau kita sama-sama bantu satu sama lain nak majukan diri? Sebab kalau kita teruskan these mindsets, sampai bila-bilalah kita orang Melayu takkan maju!

Jangan kecam sis ye…

Baca: Dr. Amalina Dikritik Kerana ‘Speaking’ Dengan Accent British, Baca Respon Padu Darinya…

Page Amalina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.