in

7 Filem Tempatan & Antarabangsa Yang Diharamkan Tayangannya Di Malaysia

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh apabila babak menggairahkan dalam drama Perempuan Itu menerima kritikan ramai pihak selepas Zul Ariffin memuat naik video tersebut di laman Instagram.

Ramai yang berpendapat, drama itu tidak sepatutnya ditayangkan di Malaysia kerana tidak sesuai buat penonton di sini. Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimanakah drama tersebut boleh diluluskan oleh pihak televisyen.


Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama drama dan filem dikritik ramai kerana didakwa tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia.

Sebelum ini juga, ada beberapa filem tempatan dan luar negara yang pernah diharamkan tayangannya di Malaysia selepas dilarang oleh Lembaga Penapisan Filem.

Berikut adalah senarai 7 filem tersebut:

1. Dukun

Mv5Bmtcwyzq1Zdytyweyys00Mti1Ltk1Mjctoty1Ztllngrkmdu1Xkeyxkfqcgdeqxvymzy3Mdu4Ndk@. V1 Fmjpg Ux1000

Masihkah anda ingat kes pembunuhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey pada tahun 1993?

Filem Dukun secara asasnya mengisahkan kisah pembunuhan tersebut, dan terpaksa dibatalkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).

Menurut sumber, dikatakan jalan ceritanya penuh kontroversi dan dikhuatiri akan menyinggung perasaan ahli keluarga watak yang terlibat. Bagaimanapun, filem ini ditayangkan semula pada tahun 2018 dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

2. Banglasia

Mv5Bm2Mwnjfim2Utogm1Yi00Otfmlwizntmty2Jmywezngyxnweyxkeyxkfqcgdeqxvymzy3Mdu4Ndk@. V1

Filem arahan Namewee ini dikatakan sengaja membawa unsur negatif dan tidak baik untuk Malaysia. Filem ini diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).

Filem yang sepatutnya ditayangkan pada 30 Januari 2014 ini diharamkan kerana membabitkan elemen politik dan menyentuh sensitiviti Malaysia.

3. Fifty Shades of Grey

Mv5Bmje1Mtm4Ndazof5Bml5Banbnxkftztgwntmwnji0Mze@. V1

Filem adaptasi daripada novel ini pada mulanya mendapat sambutan yang menggalakkan apabila diumumkan akan ditayangkan di Malaysia.

Bagaimanapun, filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan ini diharamkan kerana mempunyai unsur pornografi dan lucah.

4. The Wolf of Wall Street

Mv5Bmjixmjgxntk0Mf5Bml5Banbnxkftztgwnjiyotg2Mde@. V1

Meskipun filem ini berkualiti tinggi dan seronok untuk ditonton, namuna ia boleh dikatakan penuh dengan kontroversi di Malaysia.

Filem lakonan Di Caprio ini diharamkan ditayang di Malaysia kerana mengandungi babak lucah seperti adegan bogel dan serta hubungan kelamin.

5. Noah

P9957455 P V10 Ad

Filem ini memaparkan jalan cerita berdasarkan kisah hidup Nabi Nuh A.S dan mendapat kritikan teruk daripada negara-negara Islam dari serata dunia.

Malah, filem ini turut memaparkan ilustrasi dan wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan garis panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri.

6. I Spit On Your Grave

Mv5Bzjmyngvimwmtmjlhmy00Otqxltkzodqtnda5Ngi1Ndywztnhxkeyxkfqcgdeqxvymtqxnzmzndi@. V1

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya. Untuk rekod, filem ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah turut diharamkan di beberapa negara lain seperti Singapura, Thailand, China dan New Zealand.

7. Bruce Almighty

Mv5Bnzmyzdhizdutywuymi00Zdqxlwe4Ndqtmwflmji1Yjvjmjzixkeyxkfqcgdeqxvynju0Otq0Oty@. V1

Filem ini diharamkan kerana dipercayai watak utama seolah-olah membawa imej tuhan yang ternyata tidak sesuai buat negara-negara Islam.

Dalam senarai filem di atas, yang mana satu anda pernah tonton?

BACA: Zul Ariffin Kongsi Trailer Drama Melayu, Siap Ada Babak Panas Persis Filem Dewasa

Cats 10

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.