in

7-Eleven M City Ampang Tutup Sementara, Pekerja Positif Covid-19

7E9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahayanya Covid-19 adalah kerana ia tak dapat dilihat, bahkan mereka yang dijangkiti juga ada yang tidak menunjukkan simptom.


Semalam, dilaporkan seorang pekerja 7-Eleven di M City Ampang telah disahkan positif Covid-19.

Menerusi kenyataan di laman facebook rasmi, 7-Eleven Malaysia, mereka menyatakan bahawa kali terakhir pekerja tersebut bertugas adalah pada 30 Oktober lalu dan kini dia sedang menjalani rawatan di hospital.

Turut dimaklumkan cawangan 7-Eleven di M City Ampang ditutup buat sementara.

 

7E4

 

Semua individu yang berkontak rapat dengan pekerja terbabit diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah sehingga kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa.”

Adalah dimaklumkan kes ini terkawal dan proses pembasmian kuman serta pembersihan menyeluruh sudah dilakukan sebagai langkah pencegahan.”

 

Pihak 7-Eleven juga meminta maaf di atas segala kesulitan yang terjadi dan akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.

 

Baca : 46 Positif Covid-19, Institut Latihan KKM Johor Bahru Akan PKPD 3 Hingga 16 November

Ismailsabri2

Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.