in

46 Positif Covid-19, Institut Latihan KKM Johor Bahru Akan PKPD 3 Hingga 16 November

Ismailsabri2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru akan mula dikuatkuasa bermula 3 sehingga 16 November ini.


Lapor Bernama, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa ia bagi menyekat penularan Covid-19 di lokaliti itu.

 

 1,515 saringan COVID-19,  46 individu positif Covid-19.

1,559 individu ini terdiri daripada pelatih ILKKM, kakitangan serta ahli keluarga dan pekerja sokongan.

“Dengan pelaksanaan ini, semua yang terlibat dikehendaki dan diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan pergerakan keluar masuk ke ILKKM adalah tidak dibenarkan” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa PKPD di Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh, Kampung Matambai di Sabah yang bermula 20 Oktober sehingga hari ini dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 16 Nov.

“Sehingga 1 Nov, jumlah kes positif COVID-19 melibatkan lokaliti tersebut adalah sebanyak 1,671 kes manakala bilangan mereka yang disaring ialah seramai 3,509 orang termasuk banduan, pegawai, kakitangan dan ahli keluarga mereka,” katanya.

 

Baca : [TERKINI] MKN Bersetuju Untuk Menjalani PKPD Di Penjara Seberang Perai, Penang & PPR Taman Harmoni, Sabah

Ismailsabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.