in

7 Budaya Unik Masyarakat India Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang korang tahu, Malaysia merupakan sebuah negara unik yang kaya dengan kepelbagaian adat, budaya dan bangsa seperti kaum Melayu, Cina dan juga India.

Walaupun berbeza asal usul, kita sebagai rakyat Malaysia tetap bersatu hati dalam menjaga keamanan negara. Jadi, memandangkan perayaan Deepavali semakin hampir, min nak ajak korang untuk ketahui beberapa budaya unik masyarakat India yang mungkin korang tak pernah tahu pun sebelum ni.


1. Perkahwinan 

I1

Dalam budaya India, perkahwinan dikenali sebagai ‘thirumanam‘ yang bermaksud sebuah penyatuan suci pasangan suami isteri yang kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan masyarakat India iaitu vaitikat thirumanan, tamil thirumanam dan diya thirumanam. Perkahwinan ini adalah berlandaskan suku kaum yang terdapat dalam bangsa India.

Selain itu, adat perkahwinan mereka memang penuh dengan keunikan seperti memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa dan upacara bertukar-tukar kalungan bunga oleh pasangan pengantin sebelum disahkan menjadi suami isteri.

Artikel berkaitan: 11 Tradisi & Budaya Perkahwinan Yang Unik Di Seluruh Dunia

2. Rangoli 

Ran

Kaum India memang terkenal dengan budaya warna-warni termasuklah Rangoli ini. Ia merupakan satu seni menghiasi lantai dengan menggunakan beras, tepung, kerisik kelapa atau sagu yang diwarnakan dengan pewarna makanan.

Biasanya, seni ini mengambil corak flora atau burung merak dan dicantikkan mengikut kreativiti masing-masing. Selain bertujuan menyambut tetamu, orang India juga percaya ia dapat tarik keberuntungan dan mencerahkan suasana sekitar.

3. Festival Holi 

Ho

Dalam banyak-banyak perayaan India, Festival Holi merupakan antara sambutan paling famous yang diraikan. Sebabnya, festival ini penuh dengan kegembiraan, gelak tawa dan juga warna-warni!

Sepanjang perayaan, masyarakat India akan melemparkan serbuk yang penuh warna antara satu sama lain sambil menari, menyanyi dan menikmati juadah di sambutan ini. Keunikan ini memang dikenali satu dunia kerana hampir setiap tahun orang ramai akan sama-sama menyertai festival ini.

4. Tradisi berpuasa

I2

Selain umat Islam, masyarakat India juga mempunyai tradisi berpuasa atau dikenali sebagai Karva Chauth. Ianya hanya dilakukan oleh kaum wanita beragama Hindu yang berasal dari Utara dan Barat India pada bulan Kartika mengikut Kalendar Hindu.

Menurut kepercayaan mereka, wanita yang berpuasa dari terbit matahari hingga terbitnya bulan pada waktu malam adalah sebagai suatu permohonan umur panjang dan juga menjaga keselamatan suami mereka daripada ancaman bahaya.

Artikel berkaitan: “Awak buat saya kagum! – Inspektor Sheila ‘Cair’ Tengok Iqbal Pakai Baju Tradisional India

5. Pakaian Sari 

Sari 1

Setiap bangsa mesti ada pakaian tradisional dorang yang cantik-cantik! Bagi kaum India, pakaian khas mereka adalah baju Sari yang disarungkan oleh para wanita. Baju ini diperbuat daripada kain sutera halus dan dihiaskan dengan corak batik, seni tekat dan cetakan yang indah.

Pakaian khas ini merupakan satu cara untuk wanita India mengekspresi budaya dan identiti mereka di samping meraikan keanggunan sejati. Selain dikenakan dalam upacara pernikahan, ia juga dipakai dalam pelbagai festival dan acara yang khusus dalam masyarakat India.

6. Salam khas India

Salam

Dalam budaya India pun terdapat salam khas yang diucapkan ketika bertemu dengan orang iaitu Namaste. Salam ini dipercayai berasal daripada umat Hindu di wilayah Anak Benua India.

Menariknya, salam ini dianggap unik kerana tidak melibatkan sentuhan fizikal antara individu seperti masyarakat lain lakukan kerana mereka menekankan jarak peribadi serta menghormati privasi orang lain. Ianya dilakukan dengan meletakkan kedua tapak tangan di hadapan dada secara bersemuka sambil menundukkan badan.

7. Lembu dianggap haiwan suci

Holy

Kaum India percaya bahawa lembu merupakan anugerah dari tuhan kepada umat manusia. Disebabkan itu, mereka perlu menghargai lembu-lembu ini dengan menjaganya sebaik mungkin.

Pada masa yang sama, masyarakat India beranggapan bahawa haiwan itu adalah suci dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Oleh itu, mereka dilarang untuk bunuh dan makan daging lembu kerana itu merupakan satu perbuatan dosa. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai satu simbol yang amat rapat dengan tuhan dan dewa bangsa India.

Sumber: Nawacita Post, Orangkata  

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.