in

“6 bulan dah tak sebumbung” – TS Musa Hassan Mengaku Individu Dalam Video Bergaduh Dengan Isteri

Ft Musa Hassan Mengaku Dalam Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akhirnya tampil membuat pengakuan berhubung dengan video dirinya bergaduh dengan isteri yang tular.

Walau bagaimanapun, beliau enggan kongsi secara terperinci berkenaan dengan insiden tersebut dan serahkan ia kepada Mahkamah Syariah, lapor Astro Awani.


 

Dah tak tinggal sebumbung selama 6 bulan

Beliau menegaskan bahawa dirinya mengamalkan prinsip untuk tidak membuka aib mana-mana pihak termasuklah isterinya.

“Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Oleh itu, saya tidak akan mengaibkan dia.”

“Ini berkaitan masalah rumah tangga, dia masih isteri saya dan saya mempunyai sebab-sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan dengan isteri saya ke Mahkamah Syariah.”

“Saya serahkan kepada peguam, saya lebih selesa proses keadilan perlu melalui undang-undang dan mahkamah.”

@ihishamuddinhashim

Jawapan Tan Sri Musa Hassan berkenaan isu video viral

♬ original sound – Hishamuddin Hashim – Hishamuddin Hashim

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa masalah rumah tangga mereka itu bukan satu perkara baharu dan ia sudah berlarutan hampir 3 tahun. Bahkan, mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama 6 bulan, katanya.

Bahkan, Musa Hassan gesa mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Screenshot 2023 03 10 122900

“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan tidak perlu saya memberikan penerangan kepada media tentang apa yang berlaku.”

“Saya tak mahu beri keterangan lanjut memandangkan laporan yang dibuat oleh saya dan pihak isteri telah disebarkan. Jadi biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.”

Screenshot 2023 03 10 122927

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Baca : “Isteri derhaka tempatnya neraka jahanam” – Tan Sri Musa Hassan

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.