in

5 Sebab Kenapa Korang Kena Tengok Demon Slayer: Infinity Castle Di Pawagam 14 Ogos Ni!

collage 9

Rasa macam Demon Slayer dah habis power masa Muichiro fight dengan Upper Moon Five dulu? Korang memang silap!

Arc terbaru, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle ni bukan je sambungan tapi permulaan kepada klimaks paling epik dalam sejarah Demon Slayer!

Kalau korang masih teragak-agak nak tengok cerita ni dekat wayang, jom baca kenapa filem ni memang patut ditonton di pawagam.

1. Start je terus chaos, tak sempat nak tarik nafas!

Demon Slayer 1 ©Koyoharu Gotoge SHUEISHA Aniplex ufotable

Dari minit pertama lagi, Infinity Castle dah terus bagi suasana yang chaos dan intense. Dari awal lagi korang dah diheret masuk ke dalam dunia misteri Infinity Castle yang sentiasa berubah-ubah dan penuh dengan bahaya.

Kesemua aksi ni akan buat pengalaman korang tengok kat wayang lebih immersive. Tambah pula dengan sound system dan skrin besar, memang korang akan rasa macam tengah berdiri di tengah-tengah castle. Memang puas hati lah cerita dia!

2. Semua Hashira akan turun padang dalam pertarungan yang dahsyat

the hashira and tanjiro kamado 1643666038915.png

Dalam Infinity Castle ni juga, semua Hashira termasuk yang kita jarang nampak akan beraksi secara all-out menentang lawan masing-masing. Tapi bukan perlawanan biasa tau sebab dorang akan menentang syaitan yang rank tinggi. Pertarungan dia pula bukan setakat fizikal je, tapi melibatkan mind game yang penuh dengan strategi dan setiap karakter akan betul-betul diuji.

Setiap pertarungan yang dipaparkan juga ada struggle tersendiri, latar belakang dan sebab kenapa dorang sanggup mati untuk misi ni.

3. Muzan akhirnya tunjuk taring, lagi seram dari sebelum ni!

Muzan

Dari season pertama lagi Muzan sentiasa digambarkan sebagai villain utama yang bijak, manipulative tapi dia tak pernah tunjuk kuasa sebenar dia sampailah dekat Infinity Castle ni. Dalam filem ni, dia sendiri akan turun padang dan tunjuk kenapa dia digelar sebagai Raja Syaitan.

Kuasa dia pulak bukan je laju dan kuat tapi juga sangat unpredictable. Setiap kali dia muncul, korang akan rasa panik sebab tak tahu siapa yang akan jadi mangsa seterusnya. Jadi, korang boleh tengok sendiri macam mana geng Demon Slayer kena ubah strategi dan push beyond limit untuk sekat Muzan.

4. Visual dan animasi yang padu

demon slayer

Demon Slayer memang dikenali dengan animasi yang cantik tapi untuk Infinity Castle, Studio Ufotable memang tunjukkan kepada dorang dianggap antara yang terbaik dalam industri. Semua pergerakan, teknik berlawan, efek visual dan suasana istana dalam filem dilukis dengan sangat teliti dan dinamik.

Bila korang tengok filem ni dekat pawagam, korang boleh enjoy semua butiran kecil dari permainan cahaya, letupan sehingga ekspresi wajah setiap karakter.

5. Sediakan tisu sebab…

MAINST 1

Selain aksi dan kekecohan yang akan ditayangkan dalam filem Infinity Castle ni, ia juga akan bawa emosi yang berat. Ini kerana, setiap karakter yang masuk ke dalam istana berisiko untuk tak pulang terus. Banyak detik perpisahan, pengorbanan dan pendedahan yang akan buat korang speechless. Filem ni bukan sekadar cerita tentang persahabatan tapi prinsip hidup dan maksud sebenar perjuangan.

Kalau korang memang jenis cepat tersentuh, baik sediakan tisu awal-awal sebab korang akan tengok watak kegemaran korang diuji sampai tahap akhir dan tak semuanya akan selamat!

Demon Slayer: Infinity Castle akan ditayangkan bermula 14 Ogos di pawagam seluruh Malaysia

Kalau korang tengah cari filem yang penuh aksi, visual gempak dan sarat emosi, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle memang wajib masuk dalam list tontonan. Sama ada korang peminat tegar Demon Slayer atau baru nak berjinak dengan siri ni, filem ni memang berbaloi tengok di skrin besar.

Filem ni sebenarnya bukan standalone, tapi adaptasi anime untuk Final Arc dalam siri Demon Slayer khususnya bab Infinity Castle, iaitu salah satu pertarungan klimaks paling epik dalam keseluruhan cerita. Ia sambungan terus daripada Swordsmith Village Arc dan akan memperlihatkan pertempuran Tanjiro dan para Hashira melawan Muzan Kibutsuji dan syaitan elitnya dalam kubu terakhir mereka.

Lagi best, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 14 Ogos 2025! Jangan lepaskan peluang jadi antara yang terawal tengok pertarungan terakhir yang dinanti-nantikan ni.

Untuk maklumat lanjut tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle korang boleh follow Sony Pictures di:

Laman Web Rasmi

Facebook

Instagram

Youtube