in

5 Pantai Popular Di Selangor Yang Anda Boleh Lawati, Orang Selangor Wajib Tahu!

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah dilakukan, anda boleh lihat ramai warga Malaysia melakukan aktiviti riadah di kawasan alam semula jadi seperti bukit dan sungai bersama keluarga dan rakan-rakan.


Perkara ini kadang kala menimbulkan kerisauan kepada orang ramai, adakah kawasan-kawasan ini selamat untuk dilawat kerana bilangan pengunjungnya yang terlalu ramai?

Oleh itu pada hari ini, Lobak Merah akan berkongsikan lokasi lain yang anda boleh lawati selain daripada bukit dan sungai. Berikut adalah senarai 5 pantai popular di Selangor yang anda patut singgah!

1. Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu @ Pulau Carey 01

Untuk tiba ke pantai ini, anda perlu pergi ke Pulau Carey terlebih dahulu. Setibanya di Pulau Carey, anda perlu berjalan ke Pantai Tanjung Rhu selama 10 hingga ke 15 minit. Menariknya di sini, Pantai Tanjung Rhu memiliki kawasan pesisir sepanjng 2.5 kilometer yang berpasir putih dan bersih.

Lebih mengujakan, kawasan Pantai Tanjung Rhu turut menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang menetap di Pulau Carey. Untuk rekod, Pulau Carey menjadi tempat tinggal masyarakat orang asli Mah Meri yang masi mengamalkan cara hidup tradisional.

2. Pantai Morib, Kuala Langat

Pantai Morib Featured Image

Pantai Morib boleh dikatakan antara pantai yang popular di Selangor. Pantai Morib memiliki garis pantai sepanjang kira-kira 3 kilometer yang dihiasi dengan pokok Casuarina dan pokok kelapa. Sesuai buat anda yang mengidamkan ketenangan suasana pantai!

Pantai ini turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti taman permainan, arena gasing tradisional, pentas pelbagai guna dan gerai makanan buat santapan pengunjung. Tunggu apa lagi? Serbu!

3. Pantai Bagan Lalang, Sepang

Pantai Bagan Lalang Featured Image

Populariti Pantai Bagan Lalang boleh dikatakan sama taraf seperti Pantai Morib. Lokasi kedia-dua pantai ini juga terletak jauh di selatan Selangor.

Pantai ini dilengkapi dengan tempat penginapan seperti homestay, resort dan chalet buat para pengunjung yang mahu menetap di sini. Difahamkan, sekitar pantai ini menjadi ‘port mancing’ buat kaki pancing.

Antara lokasi yang popular di pantai ni adalah Avani Sepang Gold Coast yang menyediakan penginapan mewah buat para pengunjung.

4. Pantai Redang, Sekinchan

Photo2Jpg

Pantai ini boleh dikatakan sebagai ‘hidden gem’ di Sekinchan. Jika anda sudah bosan melawat sawah padi di sekitar Sekinchan, anda wajib mengunjungi Pantai Redang ini!

Difahamkan, lokasi Pantai Redang terletak berdekatan dengan restoran makanan laut di Bagan, jadi anda boleh mengunjungi Pantai Redang selepas menikmati makanan laut yang enak di sini.

Jika anda berjalan di sepanjang pantai, anda boleh menemui tempat yang menarik dan terpencil untuk melihat burung, mencari cengkerang dan menangkap gambar. Aktiviti menangkap ketam juga popular di sini.

5. Sky Mirror, Sasaran

590329

Sky Mirror merupakan tarikan terbaharu di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor. Fenomena Sky Mirror ataupun ‘Salar de Uyuni’ adalah kejadian semula jadi yang berlaku semasa air pantai surut dan membuatkan permukaan air memancarkan pemandangan langit ibarat sebuah cermin.

Di sini, anda akan berasa seperti berjalan di atas air atau memijak awan kerana refleksi pancaran langit yang seakan-akan tulen di permukaan air. Menurut laman web Kuala Selangor Municipal Council, harga yand ditawarkan bagi seorang individu untuk pergi ke Sky Mirror adalah RM80.

 

Kredit: Rileklah, Kuala Selangor Municipal Council

BACALepas Sg Pisang, Video ‘Kemeriahan’ Orang Berpiknik Di Pantai Morib Pula Buat Ramai Bimbang

Capture 1

Sumber: Sumber
Sumber: Mai Singgah
Sumber: Mai Singgah
Sumber: Trip Advisor
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.