in

Lepas Sg Pisang, Video ‘Kemeriahan’ Orang Berpiknik Di Pantai Morib Pula Buat Ramai Bimbang

Ft Pantai Morib Ramai Orang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umunya kita tahu bahawa kerajaan telah pun memberikan kelonggaran kepada beberapa buah negeri lagi, disebabkan itu, ia menjadi satu kebimbangan setelah satu video orang ramai dilihat berkerumun berkelah di Sg Pisang baru-baru ini.


Kebimbangan rakyat Malaysia makin bertambah apabila satu lagi video yang tengah viral memperlihatkan ‘kemeriahan’ di Pantai Morib, Kuala, Kuala Langat pula.

 

“Ini bukan Langkawi”

@thiban88

Ini bukan di Langkawi, ini di Morib. Tak pasti bagaimana KKM akan awasi pematuhan SOP. Apa pun jaga diri semua! #fypシ #malaysiatiktok #morib

♬ original sound – Madam VP Kamala Harris

Video dari TikTok ini telah meraih 483.9K dalam masa sehari ia dikongsikan, ia juga merebak ke plaform media sosial lain seperti di Twitter.

Ekoran dengan penularan video itu, dilihat rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang di ruangan komen.

Biarpun ada yang marah, ada juga yang anggap bahawa ia tidak perlu diperbesarkan lagi kerana kita sudah hidup dalam keadaan endemik seperti mana yang telah diisytiharkan oleh KKM baru-baru ini.

 

Pantai Morib Ramai Orang 7 Pantai Morib Ramai Orang 6 Pantai Morib Ramai Orang 5 Pantai Morib Ramai Orang 4 Pantai Morib Ramai Orang 3 Pantai Morib Ramai Orang 2 Pantai Morib Ramai Orang

Dalam masa yang sama, ada juga berpendapat bahawa ada hikmahnya disebalik ‘kemeriahan’ ini dimana ia mungkin dapat membantu peniaga-peniaga kecil di pantai tersebut memandangkan sebelum ini pendapatan mereka mungkin telah terjejas akibat PKP.

 

Baca : “Kes meningkat mulalah salahkan kerajaan” – Netizen Risau Lihat Sg Pisang Padat Orang Ramai, Mula Abai SOP

Orang Ramai Di Sg Pisang Gombak Tiktok Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.