in

5 Nostalgia Raya ‘Dulu-Dulu’ Yang Millenial Mesti Payah Nak Relate

Raya Karcher 1

Tahun ini, ternyata ramai tak sabar menantikan kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kerana dua ‘edisi’ Raya Aidilfitri sebelum ini, negara sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan ramai kecewa tidak dapat pulang ke kampung.

Bila sebut pasal raya ni, min teringat zaman dulu ketika kecik, paling tak sabar nak balik kampung sebab boleh mandi perigi, kejar ayam dan lain-lain. Sekarang ni, apa yang min perhatikan, budak-budak sekarang ni, banyak bergantung pada gajet.

Kalau ikutkan, suasana raya ‘dulu-dulu’ memang meriah dengan pelbagai aktiviti yang masa kini sudah atau jarang-jarang berlaku kerana pelbagai faktor seperti tiada penyambung warisan, sukar untuk mendapatkan bahan dan lain-lain.

Dfywz2Vueaa9Nvo

Berikut adalah perkara-perkara yang biasa dilakukan semasa raya ‘dulu-dulu’ yang sekarang dah susah nak tengok :

Pergi takbir raya rumah ke rumah

Aktiviti takbir dari rumah ke rumah ini sudah jarang diadakan kerana tidak cukup ‘jemaah’. Kalau tidak, inilah salah satu cara nak dapat duit raya ekstra.

Sebab selain makanan yang sedap-sedap, tuan rumah mesti berikan duit raya kepada kanak-kanak yang turut serta dalam takbir ‘bergerak’ tersebut. Memang masyuk jugak lah time tu! 

‘Overnight’ kacau dodol

Kalau dulu, ada sesetengah rumah akan buat  ‘acara’ mengacau dodol. Maka kita akan nampak ramai  akan melibatkan diri dalam proses pembuatan dodol yang biasanya perlu dikacau untuk masa yang lama agar ianya lembut.

Cuma sekarang ni, sebab dah banyak dijual dodol ‘moden’ yang kecik tu, jadi ramai yang memutuskan untuk beli sahaja kerana lebih mudah.

Nyalakan pelita keliling rumah

553 1

Part ni paling best sebab, kalau dulu-dulu bila nak sambut raya mesti kita boleh nampak banyak rumah yang hias laman mereka dengan pelita, siap ada pertandingan rumah paling ceria lagi.

Lepas tu, semestinya ‘geng’ anak-anak kecil akan bermain bunga api bersama saudara-mara dan sahabat handai. *Kadang-kadang geng tua pun join sekali main mercun dan bunga api ni.

Tidur ‘lambak’

Selain best sebab dapat berkumpul ramai-ramai di kampung, pastinya salah satu nostalgia yang paling dirindui ialah ‘upacara’ tidur lambak iaitu tidur beramai-ramai diruang tamu dengan sepupu sepapat.

Ada sesetengah tu, siap pakcik makcik pun ada yang turut serta, memang meriah!

Tebas semak, gotong royong bersihkan rumah

Gotong Royong Di Sawah Padi

Biasanya inilah aktiviti ‘dulu-dulu’ yang sentiasa ditunggu-tunggu setiap kali nak raya.

Ada yang tebas semak, potong pokok, tukarkan langsir, ada yang gunakan Karcher untuk ‘tembak’ segala lumut pada dinding serta lantai rumah. Memang waktu ni memang best dan puas hati bila tengok rumah dah bersih dan ‘ready’ untuk raya. 

Selain gunakan penyembur tekanan berkuasa tinggi, nak lagi mudah kerja tu korang gunalah vakum yang ringan dan ‘power’ macam VC 4s Cordless Vacuum Cleaner ni, mesti kerja selesai dengan senang dan kurang sikit penat!

D1 1

Apa yang best pasal VC 4s Cordless Handheld Vacuum Cleaner ni ialah selain ringan, korang juga boleh gunakan selama 1 jam dengan sekali pengecasan sahaja. Selain tu, ia didatangkan dengan tempat pengecasan jenis ‘self-standing’ yang berfungsi sebagai 2-dalam-1 iaitu untuk penyimpanan dan pengecasan. 

Lebih best lagi, pelbagai kerja pembersihan pada semua jenis lantai, perabot dan juga kereta boleh diselesaikan dengan mudah dengan adanya rangkaian aksesori komprehensif standard dan khas. 

Jadi, selain boleh ‘settle‘kan bahagian dalam rumah, ia juga boleh gunakan untuk bersihkan kereta sebelum balik kampung!

Raya Mestilah WOW

Ha, nak raya kan? Mestilah korang nak rumah dalam keadaan terbaik. Jadi, apa salahnya kalau buat persediaan untuk ‘WOW’ kan raya tu dengan rangkaian produk pembersihan dari Karcher macam kitorang guna!

“Sempena musim perayaan, Karcher ada buat promosi bermula 1 April hingga 31 May 2022 dan sepanjang tempoh ini, ada beberapa tawaran dan promosi yang confirm buat korang rasa terus nak buat pesanan!”

Kv Mobilesize

K4 Premium Power Control High Pressure Cleaner yang korang boleh gunakan untuk bersihkan pelbagai jenis permukaan dengan tekanan air yang bersesuaian yang lebih 50x berkuasa kalau nak bandingkan dengan hos biasa. Selain tu, dia dilengkapi juga dengan laras pemancut air yang boleh dikawal tekanannya.

D1

Selain itu, apa yang best adalah model ni dah ‘sorok’ hos diorang dan secara tak langsung membuatkan proses penggunaan lebih mudah dan tak memakan banyak ruang untuk penyimpanan.

Amacam? Berbaloi kan? Kalau korang nak cari produk yang seangkatan dan mempunyai kualiti yang seakan-akan, min yakin susah nak dapatkan yang harga macam yang disebutkan diatas. Jadi, apa kata korang rebut peluang ini, dapatkan barangan Karcher pilihan korang secara online ataupun ke kedai-kedai berhampiran.

Sumber: Twitter
Sumber: mStar
Sumber: Wikipedia
Sumber: Karcher
Sumber: Karcher
Sumber: Karcher