in

5 Lelaki Berani M*ti, Serbu & Bel*sah Mangsa Ketika Berada Di Dalam Balai Polis

Ft Bergaduh Dalam Balai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berani dan tidak hormat anggota polis, beberapa orang lelaki menyerbu masuk dan menyerang beberapa individu ketika berada di dalam balai polis.

Kesemua lima lelaki itu diberkas polis kerana bertumbuk di dalam Balai Polis Meru, Klang pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao mengesahkan bahawa kekecohan dan pergaduhan itu telah membabitkan sekumpulan lelaki tempatan di balai polis kira-kira 9.40 malam.


Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Berebut Beg Aliff Syukri, Nad Zainal Minta 2 Wanita Masuk Kelas Lakonan

Artikel berkaitan: Bapa Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Mengaku Tidak Bersalah, Tanam Ideologi Da*sh & Miliki Senjata Api

Bertumbuk dalam balai polis

“Siasatan awal mendapati, kejadian bermula apabila tiga lelaki tempatan hadir ke balai itu untuk membuat laporan polis. Namun, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh 5 lelaki lain.”

“Situasi itu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak sehingga salah seorang daripada kumpulan lima lelaki itu bertindak memukul pengadu menggunakan sebatang besi.”

“Kekecohan itu turut mengakibatkan kerosakan televisyen milik balai polis sebelum semua suspek melarikan diri dari lokasi itu.”

Berikutan itu, Vijaya mengatakan bahawa pasukannya telah berjaya menangkan kesemua lima lelaki tempatan yang berumur dari 28 hingga 41 tahun itu bagi membantu siasatan.

“Dalam kes ini, kejadian dipercayai berpunca perselisihan faham antara kedua-dua belah pihak.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.”

“Kesemua tangkapan ditahan reman selama tiga hari sehingga esok (5 Mac) bagi tujuan siasatan lanjut.” 

Dalam masa yang sama, Vijaya menyatakan bahawa pihak polis juga kini sedang mengesan beberapa lagi individu yang sudah dikenalpasti.

Katanya, pihak polis memandang serius mengenai kejadian ini kerana kejadian itu membabitkan gangguan ketenteraman di balai polis.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.”

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau balai polis berhampiran.” 

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.