Semakin hari kes wabak Covid-19 semakin meningkat di seluruh negara. Orang digesa untuk sentiasa membuat langkah pencegahan awal untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan wabak ini.
Ramai petugas kesihatan yang bertungkus-lumus untuk merawat pesakit-pesakit yang menghidap wabak Covid-19 ini. Pengorbanan diorang cukup besar sebab sanggup korbankan masa dan tenaga demi merawat orang lain.
Di Itali, lima orang doktor telah meninggal dunia akibat terkena jangkitan wabak Covid-19 ini manakala lebih 2,600 petugas kesihatan disahkan postif Covid-19, lapor Daily Mail.
Hal ini menimbulkan kerisauan terhadap petugas kesihatan lain yang terpaksa bersentuhan dengan kerap terhadap pesakit Covid-19.
Salah seorang doktor yang telah meninggal dunia ada membuat temu bual sebelum disahkan positif Covid-19. Dia mengatakan dia terpaksa merawat pesakit dengan tidak memakai sarung tangan kerana kehabisan stok.
Korang boleh tengok video temubual tu dekat sini.