in

5 Jenayah Ngeri Di Malaysia Yang Masih Belum Selesai Hingga Sekarang

Collage 26

Bila kita tengok dokumentari atau filem tentang jenayah-jenayah terkenal ni biasanya ia berlaku dekat luar negara. Ramai orang minat nak tengok sebab kita nak tahu kenapa seseorang tu buat apa yang dorang buat.

Tapi dekat Malaysia pun ada banyak juga kes pembunuhan ngeri yang tak dapat diselesaikan sebab kekurangan bukti. Kesannya, keluarga mangsa terpaksa hidup dalam kesakitan lebih-lebih lagi bila dorang tak dapat tahu siapa pelakunya. Dekat bawah ni, korang boleh baca beberapa jenayah yang berlaku di Malaysia yang tak dapat diselesaikan sehingga sekarang.

5 Jenayah Ngeri Di Malaysia Yang Masih Belum Selesai Hingga Sekarang

1. Pembunuhan Xu Jian Huang

Kkt1

Tiga hari sebelum kematiannya, seorang remaja berusia 14 tahun yang berasal dari China telah menghubungi bapanya dan berkata:

Papa, saya sangat takut. Dorang nak pukul saya.”

Kemudian pada 26 September 2004, Xu Jian Huang telah ditemui mati di dalam kolam renang milik pakciknya. Untuk pengetahuan korang, remaja ini telah tinggal di Malaysia bersama pakciknya sejak tahun 2002.

Ketika mayatnya ditemui, pihak polis terus tahu yang kematian ini bukanlah disengajakan selepas Xu Jian Huang ditemui dalam keadaan terikat beserta lebam-lebam di badannya. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Pakciknya, Koh Kim Teck, pengawal peribadinya Resty Agpalo dan pemandunya Mohd Najib Zulkifli telah ditahan dan menjadi suspek utama pembunuhan ini.

Namun begitu, setahun kemudian ketiga-tiga suspek utama ini telah dibebaskan dari tuduhan tersebut selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwa raya gagal menjelaskan persoalan-persoalan yang tidak terjawab.

Sehingga hari ini, kes ini masih belum selesai dan Koh Kim Teck yang mempunyai gelaran “Datuk Seri” ini telah hilang dari pandangan umum dan tak pernah dilihat sejak dibebaskan.

2. Pembunuhan Jean Perera Sinappa

Pada 6 April 1979, bekas ratu cantik dan ibu kepada tiga orang anak telah ditemui mati ditikam di dada dan perut di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi Lebuhraya Persekutuan.

Turut berada di tempat kejadian adalah tunangnya, S Karthigesu yang juga merupakan bekas adik iparnya yang ditemui tak sedarkan diri di atas tanah bersebelahan kereta tersebut.

Karthigesu mengatakan yang dia telah pengsan ketika keluar untuk membuang air kecil. Pun begitu, pihak polis tidak menemui sebarang bukti menunjukkan lelaki ini telah dipukul di kepala mahu pun kesan air kencing di tempat kejadian.

Ekoran ini, Karthigesu telah ditahan dan menjadi suspek utama pembunuhan Jean Perera. Siasatan lanjut mendapati, Jean mempunyai hubungan dengan seorang doktor dari Sri Lanka, Dr Narada Warnasurya dan telah pun bertukar-tukar surat cinta sebelum suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

Pihak polis percaya bahawa motif pembunuhan adalah disebabkan oleh cemburu. Bagaimanapun, dua tahun selepas ditahan, Karthigesu telah dibebaskan pada 1981 dan kes ini terus menemui jalan buntu.

3. Pembunuhan Audrey Melissa Bathinathan

F5915836 F070 46E9 83Dc

Kes pembunuhan yang sangat menyedihkan ini berlaku pada tahun 1999 apabila seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi.

Audrey Melissa Bathinathan merupakan pelajar sekolah Methodist Girls’ School yang terletak di Kuala Lumpur dan merupakan anak tunggal kepada pereka grafik Margaret Francis.

Pada 17 Mei, Melissa telah pergi ke sekolah berjalan kaki dengan seorang kawannya sebelum berpisah dan berjalan seorang diri.

Ini merupakan kali terakhir dia dilihat masih hidup. Margaret mula bimbang apabila anaknya tak pulang-pulang ke rumah dan menurut rakan-rakan di sekolah, Audrey tak hadir ke sekolah pada hari tersebut menyebabkan keluarganya mula mencari remaja ini.

Malangnya, keesokan harinya Margaret telah menerima panggilan telefon dari pengetua sekolah memaklumkan bahawa mayat anak perempuannya yang masih lengkap berpakaian sekolah ditemui di Jalan Kinabalu bersebelahan pencawang Tenaga Nasional.

Pihak berkuasa menemui kesan luka pada kepala Audrey dipercayai ekoran dipukul dengan batu. Keputusan ujian juga turut mendapati remaja ini telah dirogol dan dicekik sehingga mati sebelum mayatnya dibuang di pencawang tersebut.

Dua penagih dadah di kawasan tersebut telah pun ditahan namun dibebaskan tak lama kemudian kerana kekurangan bukti untuk mengaitkan mereka dengan jenayah tersebut. Tiada tangkapan lain dibuat sehingga hari ini.

4. Pembunuhan Nurin Jazlin

1347043

Rata-rata korang mesti masih ingat pembunuhan kejam yang berlaku ke atas adik Nurin Jazlin yang baru berusia 8 tahun pada ketika itu.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin telah meminta izin ibunya untuk pergi ke pasar malam yang terletak hanya 500 meter dari rumahnya untuk membeli sepit rambut. Ibunya telah membenarkan dia pergi kerana berfikir dia akan pergi dengan adiknya, namun Nurin keluar berseorangan.

Apabila kanak-kanak ini tidak pulang ke rumah, ibu bapanya telah mencari Nurin di kawasan tersebut sebelum membuat laporan polis dan kemudiannya pencarian besar-besaran mula dibuat.

Satu rakaman CCTV telah menunjukkan Nurin telah dipaksa untuk masuk ke dalam satu van putih dan beberapa orang telah menyaksikan penculikan tersebut.

Hampir sebulan kemudian, satu beg berwarna biru dan hitam telah ditemui di luar syarikat pengedaran buku di Petaling Jaya dan di dalamnya merupakan mayat seorang kanak-kanak perempuan.

Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa mayat tersebut merupakan Nurin dan dia telah pun diserang secara seksual dan dicekik.

Ekoran perubahan fizikal pada mayat mangsa, ibu bapanya menidakkan mayat tersebut adalah anak mereka namun DNA yang dibuat mengesahkan ia adalah Nurin. Sehingga ke hari ini kes ini masih disiasat namun pelakunya masih belum ditangkap.

Dua tahun lalu, bapa Nurin Jazlin masih menegaskan bahawa mayat yang ditemui itu bukan anaknya. Namun pihak polis tetap sahkan DNA memang milik kanak-kanak tersebut.

“Jenazah kanak-kanak itu ada tahi lalat hidup di paha yang hakikatnya tidak ada pada anak saya. Begitu juga dengan saiz gigi jenazah yang lebih besar berbanding Nurin Jazlin.

Kemudian jenazah kanak-kanak dikatakan Nurin Jazlin itu tidak mempunyai parut BCG sedangkan anak saya sudah mengambil pelalian berkenaan.”

5. Rampasan kapal terbang pertama dalam sejarah penerbangan Malaysia

Mh653 Black Box

Pada 4 Disember 1977, satu kes rampasan kapal terbang pertama dalam sejarah penerbangan Malaysia telah berlaku membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH653 yang telah meragut nyawa 100 penumpang di dalamnya.

Pesawat yang membawa penumpang dari Pulau Pinang pada jam 7.20pm ini telah dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Bagaimanapun, kapal terbang ini telah dirampas dan diminta untuk menukar destinasi ke Lapangan Terbang Paya Lebar di Singapura. Semua komunikasi dengan krew kapal telah terputus pada jam 8.15pm dan segala yang berlaku di dalam pesawat tersebut hanya diketahui melalui rakaman suara yang terletak di kokpit yang ditemui kemudian.

Rakaman suara tersebut telah merakamkan perbualan di antara perampas dan juruterbang diikuti dengan bunyi tembakan dipercayai menyebabkan kematian juruterbang. Kapal terbang ini bagaimanapun tidak sampai ke Singapura, perampas telah hilang kawalan dan ia terhempas di Tanjung Kupang, Johor Bahru di mana penduduk di kawasan tersebut mengatakan mereka mendengar bunyi letupan kuat pada jam 8.36pm.

Tiada satu pun antara 93 penumpang dan 7 krew kapal yang terselamat dan ekoran penurunan kelajuan pesawat yang tinggi pada sudut 90 darjah, pihak berkuasa gagal mengecam mana-mana mangsa. Bagaimanapun, pihak polis percaya perampas tersebut adalah sebahagian daripada Askar Merah Jepun (JRA) ekoran tawanan tebusan yang berlaku di bangunan AIA pada tahun 1975.

Sumber: FMT, Hype

 

Baca: “Dari kes penculikan hingga pembunuhan” – Ini 3 Kes ‘Unsolved Mysteries’ Yang Berjaya Diselesaikan

Collage 16