in

“42 kes dari bekas suami dan teman lelaki” – Polis Selangor Terima 180 Laporan Ugutan Sebar Video Porno & Bogel Tahun Ini

Collage 5

Dengan lambakan aplikasi media sosial sekarang ni, makin ramai orang yang suka menangguk di air keruh.

Baru-baru ini, Astro Awani melaporkan bahawa pihak polis Selangor dah terima sebanyak 180 laporan berhubung ugutan untuk sebarkan gambar dan video bogel yang pernah dikongsikan mangsa sejak Januari tahun ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat, antara laporan yang diterima, 110 melibatkan individu yang tak dikenali menghantar video dan gambar bukan milik mangsa hanya untuk mengganggu mangsa.

881391

Manakala, 42 kes melibatkan bekas suami dan bekas teman lelaki sebarkan video porno ketika bersama dan selebihnya dari sindiket yang mencari mangsa dalam talian.

Sindiket akan merekod video serta gambar-gambar lucah mangsa supaya mereka boleh memeras ugut mangsa untuk menyebarkan video serta gambar-gambar tersebut.”

Revenge Porn Fea 1200X675 1

“Sindiket ini memperdaya lelaki atau wanita tak mengira umur termasuk warga emas dengan menggunakan aplikasi seperti Wechat, Facebook, Michat, WhatsApp dan laman web seperti Godate2night, Locanto.Asia dan beberapa platform Internet lain.”

Biasanya sindiket ini akan memeras ugut mangsa dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 dan jika gagal, gambar atau video mangsa akan dimuatnaik di media sosial dan diberikan kepada ahli keluarga dan rakan mangsa.

Disebabkan ini, Datuk Fadzil menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan lebih bijak ketika menggunakan media sosial.

Jangan percaya sesiapa yang baru dikenali kerana ramai yang dah jadi mangsa kumpulan scammer ini.”

 

Baca: Wanita Terkejut Gambar Bogel Tersebar, Rupanya Anak Perempuan Berusia 2 Tahun ‘Tersend’ Gambar Masa Main Handphone

Screenshot 2020 12 03 At 12.24.32 Pm

Sumber: Sinar Harian