in

40 Sen Setiap Mililiter, Cukai Cecair Vape Berkuatkuasa Semalam

Cukai Cecair Vape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan cukai terhadap produk vape dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan melaksanakan cukai cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) berkuatkuasa semalam (1 April 2023).

Screenshot 2023 04 02 At 11.49.42 Am

Memetik laporan Berita Harian, pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan mereka kini sedang dalam proses untuk mengecualikan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape.

Screenshot 2023 04 02 At 11.47.50 Am

Menteri Kesihatan, YB Dr. Zaliha bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan tetap diteruskan.

Baca: [TERKINI] Kerajaan Bakal Kenakan Cukai Untuk Produk Vape Tahun Ini

Screenshot 2023 04 02 At 11.50.01 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.