in

4 Sekawan ‘Bahan’ Grammar Lelaki Minta Video Dipadam, Dakwa Ex Boyfriend Kawan Dah Curang Banyak Kali

kutuk grammar ex bf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh diperkatakan mengenai video empat orang wanita yang dilihat ‘membahan’ mesej WhatsApp seorang lelaki kerana grammar bahasa Inggerisnya yang berterabur.

Lelaki itu juga didakwa sebagai bekas teman lelaki kepada salah seorang daripada wanita berkenaan dan video tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen yang tidak bersetuju dengan sikap wanita terbabit yang mentertawakan lelaki itu.


IMG 1119

“Dah boleh delete kot video ni bang” 

Susulan kecaman yang diterima, wanita-wanita di dalam video itu katanya telah menghubungi individu yang menularkan mereka di Twitter dan meminta video tersebut dipadam.

Menerusi perkongsian @/cikgu_anep, dia telah menerima tiga buah mesej yang meminta dia menurunkan video itu, di samping mereka memohon maaf akan apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun menurutnya, cara penulisan individu tersebut tidak menggambarkan seakan mereka menyesal dengan apa yang dilakukan.

Assalamualaikum bang boleh delete dah tweet tu sebab kawan saya pun dah delete video tiktok tu.

“Minta maaf kalau video kami buat tu menyinggung perasaan abang tapi tweet abang pun menyinggung perasaan kami jugak. Terima kasih,” tulisnya.

“Dia dah beribu kali tipu and curang dengan saya” 

Dalam pada itu, bekas teman wanita kepada lelaki berkenaan juga mendedahkan yang bekas teman lelakinya sebelum ini sudah banyak kali curang dengannya dan perkara itu menjadi sebab mereka menularkan video tersebut.

Malah respon yang diberikan mereka juga berbunyi agak sarkastik dek kerana ingin menyindir tindakan bekas teman lelaki tersebut yang curang itu.

F0wY2r aYAAFfwb

F0wY3BragAAzhGI

Atas permintaan wanita itu, video tersebut telah dipadamkan oleh pemilik tweet dan ramai yang berharap mereka mengambil iktibar di sebalik kecaman yang diterima untuk tidak memperlekeh penggunaan bahasa Inggeris orang lain.

Baca: “Sedapnya mengata” – ‘Grammar’ Teruk, Mesej Kepada Ex-GF Jadi Bahan Jenaka 4 Sekawan

kutuk mesej ex 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.