in

” 4 karung emas”- Lelaki Ini Sambut ‘Birthday’ Dengan Cara Unik, Kutip Sampah Satu Tasik Di Cyberjaya

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali bila nak sambut birthday, mesti ramai yang yang tak sabar cari tempat-tempat makan yang best untuk sambut dengan keluarga dan rakan-rakan . Tipu la korang tak macam tu kan?


Tapi, tak semua yang macam itu sebab ada seorang lelaki ini dikenali sebagai Najib Towy, sambut birthday dia dengan cara yang agak unik dan berbeza tau. Lelaki ini pilih untuk kutip sampah satu tasik di Tasik Utara SCV di Cyberjaya.

Photo6273945195452148690

Menerusi perkongsian Najib pada 20 Mac lalu di laman Facebook, dia bagitahu sebab dia buat khidmat komuniti itu untuk beri kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa jaga kebersihan alam sekitar.

Photo6273945195452148692

“Bila kutip sampah ni, banyak la benda-benda pelik yang kita jumpa. Kencing dalam botol, sabun mandi bayi, lampin bayi, bekas pomade, payung dan paling teruk polisterine.”

Pada awalnya, Najib kecewa sikit sebab tengok banyak sampah sarap dekat kawasan tempat beriadah. Agaknya mungkin kurang pemantauan dari pihak berkuasa tu yang ramai buang sampah ikut suka hati je.

Photo6273945195452148688

Photo6273945195452148686

Bukan nak salahkan siapa-siapa, tapi tanggungjawab untuk jaga kebersihan ini selain dituntut oleh agama, sebenarnya juga bermula dari didikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Waktu Najib tengah kutip sampah, dia ada ternampak satu family itu bawa bakul sampah. Tapi dia harap bakul sampah itu tak ditinggalkan sebab takut pula ada haiwan yang datang dan selongkar sampah-sampah itu nanti.

Photo6273945195452148685

Bila buat aktiviti macam ini, Najib rasa puas hati sebab dapat beri manfaat dekat alam sekitar sambil dapat beri kesedaran dekat masyarakat untuk sama-sama jaga alam sekitar.

“Mungkin lepas ni boleh jadikan aktiviti ni sebagai rutin mingguan atau bulanan.”

Sama-sama la kita jaga kebersihan ya. Korang jangan buat sampah merata-rata tau lepas ni.

 

Sumber: Najib Towy

Baca: Gua Dipenuhi Sampah & Fosil Rosak, Krew Produksi Tempatan Dikecam Netizen

Capture 31

Sumber: Najib Towy
Sumber: Najib Towy
Sumber: Najib Towy
Sumber: Najib Towy
Sumber: Najib Towy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.