in

4 Jejaka Cacat Penglihatan Jalan Berbaris Ke Masjid, Tindakan Pemuda Bantu Mereka Terima Pujian Dari Netizen

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral satu video dekat Tiktok yang menunjukkan 4 orang lelaki warganegara Indonesia jalan berbaris sambil lelaki yang depan sekali pegang tongkat. Video tersebut telah dikongsikan pada 19 Mac lalu oleh pemilik akaun bernama opetta dengan jumlah tontonan lebih 800 ribu dan lebih 160 ribu likes serta lebih 2 ribu share.


Ingatkan saja-saja je jalan berbaris, rupa-rupanya 4 pemuda itu sebenarnya cacat penglihatan. Mereka sebenarnya nak pergi ke masjid untuk tunaikan solat Jumaat. Walaupun kurang upaya, tapi gigih juga berusaha untuk tunaikan kewajipan tersebut. Korang yang sihat walafiat tu jangan bagi alasan eh.

“Walaupun mereka kekurangan, mereka tidak pernah melupakan untuk solat Jumaat.”

@opetta

QS. Jumuah ayat 9 ?? #fyp #fypシ

♬ original sound – rafaaldiansyah – rafaaldiansyah

Video tersebut menunjukkan yang ada beberapa jemaah masjid yang turut bantu mereka untuk sampai ke masjid dengan selamat. Baik betul hati diorang kan.

Dalam video yang dimuatnaik itu, kelihatan 4 orang lelaki kurang penglihatan itu berjalan sambil memegang bahu rakan di hadapan mereka manakala lelaki di hadapan sekali pula memimpin barisan itu berpandukan sebuah tongkat.

Beberapa jemaah yang melihat mereka cepat-cepat tolong untuk pandu mereka berjalan ke masjid. Kelihatan seorang pemuda membantu orang-orang kurang penglihatan itu sambil ada yang tolong jagakan lalu lintas sebab nak bagi mereka lintas dengan selamat.

 

Netizen Terharu

Di ruangan komen, ramai netizen yang berterima kasih kepada individu yang sanggup tolong orang kurang penglihatan tersebut. Ada juga yang mendoakan supaya mereka dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

Photo6285246598732688348

“Cerminan muslim yang sebenarnya.”

Renung-renungkan lah balik kita yang sempurna dan sihat walafiat ni selalu ke tidak pergi masjid macam diorang? Harapnya lepas ni rajin-rajin la ye kita mengimarahkan masjid dekat rumah kita tu.

 

Sumber: opetta

Baca: “Khairunnisa sebaik-baik perempuan”- Mufti Tersentuh Bertemu Dengan Budak Perempuan Jaga Ibu Bapa Cacat Penglihatan

Hhhh

 

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.