in

“38 orang isteri” – Lelaki Mempunyai Ahli Keluarga Terbesar Meninggal Dunia, Tinggalkan 89 Anak Dan 36 Cucu

Fi Laki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang lelaki yang dikatakan memegang gelaran sebagai ketua keluarga terbesar di dunia, dilaporkan telah meninggal dunia di daerah Mizoram, timur laut India.

Ziona Chana, berusia 76 tahun meninggalkan 38 orang isteri, 89 anak beserta 36 orang cucu. Dia dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada ahad lalu, akibat menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.


 

Meninggal ketika tiba di hostipal

Menurut BBC, kesihatan Ziona semakin teruk sebelum dikejarkan ke hospital pada petang Ahad lalu. Mendiang disahkan meninggal sejurus saja tiba di sana.

Ziona Chana, pemimpin mazhab agama yang mengamalkan poligami itu dilaporkan pernah mempunyai 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu serta seorang cicit oleh akhbar tempatan. Perkara itu membuatkannya mempunyai seramai 181 orang ahli keluarga.

Laki 1

Walau bagaimanapun, status Ziona mempunyai keluarga terbesar di dunia tak dapat disahkan. Hal ini kerana, ada individu lain yang mendakwa dirinya pemegang gelaran tersebut.

 

Rumah agam 100 bilik

Namun mereka tetap menjadi perhatian penduduk tempatan, mahupun pelancong yang datang untuk melihat sendiri rumah agam keluarga tersebut.

Mereka dikatakan tinggal bersama di sebuah bangunan empat tingkat digelar Chuuar Than Run bermaksud ‘Rumah Generasi Baru’ yang mempunyai 100 buah bilik.

Laki 2

Isteri-isteri mendiang pula dikatakan berkongsi asrama yang terdapat berhampiran dengan bilik peribadinya.

Sebagai tambahan, Ziona dilahirkan pada tahun 1945 dan dikatakan bertemu isteri pertamanya yang juga 3 tahun lebih tua pada usia 17 tahun.

Menurut sumber lagi, keluarga itu merupakan pengamal mazhab Kristian Chana Pawl dan dianggarkan mempunyai seramai 2,000 orang pengikut. Mazhab yang telah diasaskan oleh datuk Ziona pada tahun 1942 itu, dikatakan membenarkan kaum lelaki untuk mengamalkan poligami.

Takziah diucapkan.

 

Baca : “Anak pun lebih seratus orang” – Gila! Lelaki Tua Kahwin Buat Kali Ke-37 Depan 28 Orang Isterinya

Foot Laki

Sumber: UPTObrain
Sumber: yahoo!news

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.