in

36 Tahun dan Masih Berbisa!

Page Lcw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal sukan badminton, nama Datuk Lee Chong Wei pasti akan terlintas di fikiran. Mana taknya, dah banyak kali beliau buktikan kehebatannya di gelanggang, mengalahkan satu persatu pemain bandminton hebat lain.


Semalam, Lee Chong Wei dah berjaya membuktikan beliau masih mampu beraksi di peringkat tertinggi apabila meraih gelaran juara bagi Terbuka Malaysia kali ke-12 pada usia 36 tahun.

Menurut Harian Metro, Chong Wei dah berjaya menundukkan pemain sedang meningkat dari Jepun, Kenton Momota 21-17, 23-21 dalam aksi final Arena Axiata Bukit Jalil. Oh ye, pesaing Chong Wei tu 12 tahun lagi muda darinya dan melihat beliau sebagai satu inspirasi.

“Bagi saya, orang macam Chong Wei masih mendominasi perlawanan dan saya berharap satu hari nanti akan jadi seperti beliau.”

Rekod yang dicipta pemain badminton nombor satu Malaysia ini telah disifatkan luar biasa dan mustahil untuk diatasi mana-mana pemain dunia yang lain termasuk pemain Malaysia sendiri. Ketua Jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek memberitahu,

“Kalau kita tengok perlawanan itu, Momota memberi tekanan kepada Chong Wei sehingga ke penghujung perlawanan.”

“Jadi, Chong Wei bijak dengan menggunakan pendekatan psikologi kerana dia tahu daripada aspek kepantasan dan kecergasan, memang dia kurang berbanding Momota.”

Menurut WORLD OF BUZZ, Chong Wei yang gembira dengan kejayaannya memberitahu sering mencabar dirinya memandangkan beliau bukan lagi berusia 26 tahun. Selain itu, beliau berharap akan ada pemain muda yang akan memecahkan rekodnya satu hari nanti.

“Menjadi juara Terbuka Malaysia kali ke-12 di hadapan peminat tuan rumah tidak mudah. Saya berada di bawah tekanan yang begitu banyak dalam perlawanan ini.”

Katanya lagi, keluarga dan rakyat Malaysia yang tidak putus berikan sokongan merupakan motivasi untuknya terus berjuang dan berjaya.

“Saya berharap untuk terus maju terutamanya dalam Kejohanan Dunia (Nanjing, Cina) dan Sukan Asia (Indonesia).

“Saya tak dapat nak menjanjikan apa-apa, tapi saya akan buat yang terbaik kerana ianya bagus dapat menetapkan rekod. Tapi yang paling penting untuk saya ialah mengelakkan kecederaan dan fokus dengan perlawanan akan datang.”

Cayalah Datuk! Semoga terus maju!

Baca: 6 Momen Lee Chong Wei Harumkan Nama Negara Di Mata Dunia Paling Diingati Ramai

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.