in

27 Pelanggan Starbucks Di Korea Selatan Positif Covid-19 Angkara Wanita ‘Super Spreader’ Tak Pakai Face Mask!

Feat 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini Covid-19 masih lagi membelenggu seluruh dunia, malah kes positif juga meningkat hari demi hari.


Justeru itu kerajaan di setiap negara terjejas memperkenalkan pelbagai langkah bagi membendung penularan wabak tersebut antaranya ialah pemakaian pelitup muka.

 

Tak pakai face mask, super spreader jangkiti 27 pelanggan Starbucks!

PENTING!

Seperti yang berlaku di Korea Selata apabila dilaporkan seramai 27 pelanggan di sebuah cawangan Starbucks negara itu dijangkiti Covid-19 angkara seorang wanita yang merupakan ‘super spreader’ tidak memakai pelitup muka.

Memetik laporan media tempatan, wanita yang berusia 30-an itu dikatakan berjumpa rakannya di Starbucks Bandar Paju, Wilayah Geonggi selama 2 jam pada 8 Ogos lalu.

Image Readtop 2020 704422 15942708614273472

Dikhabarkan wanita itu mengalami simptom sakit kepala dan batuk pada keesokan harinya, malah keadaannya tidak beransur pulih sehingga 11 Ogos, meskipun dia makan ubat, lapor FMT.

Pada 12 Ogos, wanita itu disahkan positif Covid-9 selepas menjalani ujian saringan.

 

Mungkin disebarkan melalui aircond dalam Starbucks!

Pasukan kesihatan Korea Selatan sehingga kini masih lagi dalam usaha mengenalpasti bagaimana virus itu boleh tersebar dalam Starbucks, bagaimanapun mereka beranggapan…

…virus itu mungkin disebarkan melalui titisan air atau penghawa dingin dalam kafe itu yang menyebabkan 27 pelanggan positif koronavirus, termasuk seorang murid yang hanya ke tandas premis itu dan seorang lagi individu yang berada di kafe berkenaan selama 10 minit.

Optimize

Sehingga kini menerusi pihak berkuasa tempatan, dilaporkan kes positif yang dikaitkan dengan kluster tersebut meningkat kepada 54 orang pada Rabu lalu, dengan 48 daripadanya tinggal di wilayah Gyeonggi.

Susulan kes itu, Starbucks di Seoul dan kawasan berdekatan telah mengurangkan kapasiti tempat duduk pelanggan dengan tidak lebih 30 peratus.

Untuk rekod, Korea Selatan mempunyai lebih 1,400 cawangan Starbucks, jumlah yang hampir sama dengan Jepun.

 

Baca : Cantiknyaaa! nak minum pun sayang; Ulang Kejayaan Buat Kali Kedua, Barista Anak Malaysia Kekalkan Title Juara Dunia

Baca 23

Sumber: Korea Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.