in

Lebih 600,000 Isi Rumah M40 ‘Jatuh’ Ke Kategori B40 Disebabkan Krisis Covid-19

Ft M40B40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, lebih 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan (M40) dilaporkan telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40). Situasi itu berlaku kerana krisis Covid-19 yang memberikan tamparan hebat terhadap tahap pendapatan ramai rakyat Malaysia, lapor Awani.


Menurut Sekreteriat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019, sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.

Msia1

Penurunan tahap pendapatan yang ketara itu menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan ketidaksamarataan dan kesan terhadap kedudukan sosioekonomi rakyat Malaysia. Pengarah Eksekutif EAC Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia menurun kepada:

  • RM42,107 pada tahun 2020
  • RM45,973 pada tahun 2019 (sebelum wabak Covid-19)

Pandemik telah menyebabkan KDNK per kapita menyusut kira-kira 8.4 peratus. Sebelum ini kita pada kadar 10.5 peratus ambang pendapatan yang digariskan Bank Dunia, namun ketika ini kita ketinggalan 18 peratus.”

Msia

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pakej bantuan bernilai RM380 bilion sebagai rangsangan untuk menangani kesan Covid-19 terhadap perniagaan, pengangguran, tahap pendapatan dan golongan masyarakat rentan.

Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) mencadangkan lapan agenda penetapan semula atau ‘reset’ untuk penjajaran semula ekonomi negara pasca COVID-19 termasuk:

  • menggalakkan penggunaan dan kemajuan teknologi
  • menetapkan kedudukan untuk perubahan landskap global
  • menggalakkan perkongsian tanggungjawab, tadbir urus baik dan kelestarian
  • penyediaan tenaga kerja masa depan
  • memantapkan penyampaian awam
  • menggalakkan pasaran kompetitif
  • membantu komuniti rentan
  • pemulihan dan penstrukturan semula korporat

Baca: “Dia ckp takde duit nak makan” – [VIDEO] Ibu Terpaksa ‘Offer’ Phone Untuk Dijual, 4 Anak di Rumah Belum Makan

Ft Jualphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.