in

[VIDEO] Lelaki Terkejut Tiba-tiba Dapat Parcel Dari KKM, Rupa-Rupanya Terima Pakej Perlindungan Covid

Page Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Program Keluarga Malaysia telahpun dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Program ini dibuat sebagai usaha untuk menguatkan lagi hubungan penduduk pelbagai kaum untuk sama-sama berganding bahu mencegah penularan wabak Covid-19.


Tidak mahu ada yang ketinggalan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif dengan menghantar Pakej Perlindungan Covid-19 kepada keluarga dari golongan B40. Terkejut menerima parcel dari KKM, lelaki ini kongsikan video menerusi akaun TikTok miliknya.

@tokey_houseofsambalhitam

Ada yang dah dapat juga? #foryoupage #masukberanda #keluargamalaysia #covid19 #realmeWishList

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

Difahamkan, kiriman dari KKM itu akan dihantar secara beransur-ansur kepada golongan B40 dan juga kepada yang memerlukan pakej tersebut.

“Sy pun baru dapat tahu yg KKM akan pos kepada semua keluarga B40. Secara berperingkat. So yg belum dapat InsyaAllah nanti akan sampai juga ?” – Lelaki dalam video di bahagian komen

Pakej Perlindungan Covid-19 itu mengandungi beberapa keperluan yang boleh dikatakan wajib untuk dimiliki ketika pandemik ini. Ini senarai keperluannya:

  • Pek pelitup muka
  • Kit ujian kendiri Covid-19
  • Termometer
  • Pulse oxymeter
  • Risalah panduan pengguna dan info kesihatan

Bantuan serta effort yang ditunjukkan oleh pihak KKM itu mendapat respons positif dari netizen di bahagian komen yang rata-rata juga baru tahu tentang perkara tersebut.

Tiktok Full 1

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa keluarga yang telah menerima parcel dari KKM itu dan sememangnya segala keperluan itu memuaskan hati mereka dan akan digunakan sebaiknya. Wah, bestnyaaa!

Baca: “Covid dah habis ke?” – Netizen Bimbang Ramai Bersesak Di KLCC Sempena Program Keluarga Malaysia

Untitled 3 6

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.