in

22 Bazar Ramadan Di Seluruh Negara Diarahkan Tutup Mulai 1 Mei

Fi Bazar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi mengekang penularan Covid-19, 22 bazar Ramadan telah diarah tutup mulai 1 Mei ini.


Menurut Sinar Harian, perkara ini disahkan menerusi surat edaran ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan yang memaklumkan terdapat ancaman penularan Covid-19 hasil pengesanan kontak yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.

Walau bagaimanapun, tempoh penutupan bazar tersebut masih belum dimaklumkan menurut laporan Agenda Daily.

22 bazar yang diarahkan tutup itu melibatkan beberapa buah negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Kedah, Johor, dan Pulau Pinang.

 

Berikut adalah bazar yang terlibat mengikut setiap negeri dinyatakan:-

  • Selangor 
    • Bazar Ramadan Taman Tun Sardon
    • Pusat Penjaja Sementara Puncak Jalil
  • Kuala Lumpur
    • Jalan Raja Alang
    • Bazar Ramadan Jalan Setiawangsa
  • Perak 
    • Bazar Nenas Kampung Selabak
  • Pahang 
    • Lurah Semantan
    • Temerloh Jaya
  • Kedah 
    • Taman Selasih
    • Baling 2021
    • Kupang 2021
  • Johor 
    • Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex
    • Kampung Pasir, Jalan Mata Kuching
    • @Mart Kempas
    • Lok Heng
  • Pulau Pinang
    • MPKK Jalan Tenggiri
    • Attakwa Taman Bertam Indah
    • Bazar Ramadan
    • Kampung Melayu
    • Masjid Daerah Barat Daya
    • Jalan Berangan Bukit Bintang 2021
    • Bukit Gedung

 

Sumber : Sinar Harian, Agenda Daily

 

Baca : Bazar Ramadan Akan Dibatalkan Jika Gagal Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Foot Bazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.