in

204 Petugas di PPV IDCC Shah Alam Didapati Positif Covid-19 Selepas Saringan Beramai-Ramai – KJ

Ft Petugaspositif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas saringan beramai-ramai dilakukan, 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ICC Shah Alam didapati positif, lapor FMT. Menurut  Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, saringan dijalankan terhadap 453 petugas selepas menerima laporan bahawa dua petugas di PPV tersebut positif Covid-19 pada 10 Julai.



Sebaik sahaja saya dapat maklumat keputusan saringan 11 malam semalam daripada makmal, saya telah arahkan untuk tutup PPV IDCC serta-merta bagi kerja-kerja sanitasi dibuat oleh pihak bomba, dan PPV ini akan dibuka semula esok.”

Ppv2

Ppv5

Semua yang positif dikatakan mempunyai nilai ambang kitaran (Ct) lebih daripada 35 di mana mereka mempunyai beban virus yang rendah berikutan 400 petugas sudah divaksinasi sementara 53 orang lagi masih menunggu giliran.

Berikutan angka kes jangkitan Covid-19 yang tinggi di Lembah Klang, adalah sukar untuk kita pastikan sama ada sesuatu jangkitan itu berlaku di IDCC atau di tempat lain.”

Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, CITF menyarankan kepada mereka yang hadir bagi vaksinasi di IDCC pada 9 Julai hingga 12 Julai untuk memantau gejala selama 10 hari.”

Ppv4

Khairy telah mengarahkan agar semua petugas PPV yang didapati positif itu diasingkan dan ditukarkan kepada pasukan petugas baru. Difahamkan, kesemua penerima vaksin yang dijadualkan untuk hari ini susah dimaklumkan tentang penutupan PPV itu melalui SMS dan media sosial.

Kesemua mereka sudah pun mendapat tarikh janji temu baharu.”

Baca: “Oh Malaysia what happened” – [VIDEO] Viral Frontliner Berlari Dalam PPE Bawa Pesakit Pengsan, Netizen Bengang Sebab…

Ft Frontlinerlari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.