in

“200 ekor mati serentak” – Fenonema ‘Hujan Burung’ Di Sepanyol Buat Saintis Pening Kepala

1Burung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita di Malaysia cukup sinonim dengan taburan hujan sepanjang tahun. Kadang-kadang tu sampai dua kali hujan dalam sehari pun ada.


Di Sepanyol, satu fenomena aneh telah dilaporkan berlaku yang seakan-akan hujan. Cuma yang turun dari langit bukanlah air hujan, tapi burung. Kejadian ‘hujan burung’ ini masih misteri dan saintis pun pening kepala nak tahu punca kenapa burung-burung tu jatuh dari langit.

Screenshot 2021 12 04 At 9.55.25 Am

Menurut laporan Mirror UK, kira-kira 200 ekor burung telah mati dan jatuh di atas jalan di Ferrol, barat laut Sepanyol pada 26 November sekitar jam 9 pagi. Laporan dari media tempatan turut menyebut, kawanan burung-burung itu jatuh di atas jalan dan kereta yang diparking berdekatan Hospital Juan Cardona. Walaubagaimanapun pihak berkuasa telah mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan daripada fenomena aneh itu.

Screenshot 2021 12 04 At 9.55.32 Am

Presiden persatuan penduduk, Mapi Rodriguez berkata kepada media, kawanan burung itu terbang dari pokok yang berhampiran bahagian kecemasan hospital kemudian terbang beberapa meter sebelum jatuh di jalanan. Beberapa bangkai burung-burung itu telah dikutip untuk dikaji dengan lebih lanjut.

Antara teori yang dikeluarkan setakat ini mengenai fenomena aneh itu ialah, kawanan burung-burung itu dipercayai terkena renjatan elektrik. Walaubagaimanapun, teori ini masih belum dapat dipastikan.

Screenshot 2021 12 04 At 9.55.39 AmSaintis juga menolak teori yang dipercayai akibat pelepasan gas berbahaya ke udara. Ini kerana kawasan kejadian itu berlaku di kawasan metropolitan dan hanya mempunyai universiti, pasaraya dan hospital.

Sehingga kini, saintis masih menjalankan kajian mengenai kejadian aneh ini walaupun masih belum menemui sebarang petunjuk.

 

Baca: “Pelik-bin-ajaib” – [VIDEO] Aneh! Hujan Hanya Timpa Sebuah Kereta Di Kawasan Parkir Yang Penuh

Screenshot 2021 12 04 At 9.58.00 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.