in

“20 rakan kerja belum divaksin” – Pengawal Keselamatan Hospital Belum Vaksin Positif Covid-19, Dakwa Majikan Lepas Tangan

Ft Pengawal Keselamatan Belum Vaksin Positif Covid19

Seorang pengawal keselamatan kontrak di Hospital Sungai Buloh telah dijangkiti Covid-19 dan mencetuskan persoalan tentang keselamatan dan kesihatan pekerja kontrak memandangkan dia belum menerima suntikan vaksin.

Menurut Malaysiakini, pengawal keselamatan wanita itu disahkan positif pada 11 Ogos lepas dan katanya kira-kira 20 rakan sekerja di hospital itu masih belum divaksin meskipun ingin berbuat demikian.

Namun dakwaan wanita itu membuatkan majikannya, E2S Security Sdn Bhd bingung kerana menurutnya lebih 250 kakitangannya di hospital tersebut telah divaksin sejak April lepas dan hanya pekerja baru sahaja sedang menunggu giliran.

Pengawal Keselamatan Bertugas

Difahamkan pula, pengawal keselamatan terbabit sudah bekerja di hospital itu sejak beberapa tahun lepas dan ketika ditanya tentang kenyataan E2S Security, dia tidak memberi maklum balas.

Enggan namanya didedahkan, dia memberitahu Malaysiakini pada 9 Ogos lepas dia telah mengalami gejala dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

Doktor beri saya rawatan IV dan beritahu ia cuma demam biasa dan minta saya pulang ke rumah. Pada Rabu (11 Ogos), saya buat ujian swab di dewan serba guna di Kota Damansara dan dapat keputusan (positif) dua hari kemudian.”

Katanya, dia yakin dirinya dijangkiti Covid-19 di tempat kerja dan telah menjalani kuarantin di rumah serta mendapat bantuan vitamin serta ubat daripada kawan.

Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan E2S Security kerana menurutnya pekerja sudah meminta pihak majikan untuk mengaturkan vaksinasi mereka tetapi tidak dilayan.

Kami minta majikan uruskan proses vaksinasi kami dan mereka buat-buat tak sedar. Mereka tidak peduli keadaan pekerja mereka.”

Suntikan Vaksin

Sementara itu, jurucakap E2S Security menafikan dakwaan wanita terbabit tentang ramai pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh belum divaksin sebaliknya, 250 pengawal telah mendapat dua dos suntikan.

Untuk pengawal keselamatan Hospital Sungai Buloh, kesemuanya telah divaksin kecuali segelintir yang belum, yang mungkin pekerja baru.”

Saya sendiri divaksin di hospital kerana saya memantau pengawal di situ.”

Pengawal keselamatan baru dikatakan telah menghantar nama untuk menerima suntikan vaksin di hospital dan kini sedang menunggu giliran. Dia juga berkata pihak hospital telah meminta syarikat menghantar maklumat semua pekerja yang ditugaskan di hospital dan vaksin akan diberikan mengikut urutan nama.

Hospital Sg Buloh

Katanya lagi, jika ada pekerja yang positif Covid-19 mereka akan diberi cuti yang cukup untuk kembali sembut serta manfaat perubatan dan polisi insurans. Jurucakap itu turut berkata, sebelum ini ada beberapa pekerja yang pada mulanya enggan divaksin namun kini nama mereka telah dimasukkan dalam senarai penerima vaksin.

Setakat artikel ini ditulis, difahamkan pengawal itu yang masih dalam proses pemulihan tidak memberi maklum balas tentang dakwaan syarikat bahawa 250 pekerja telah pun divaksin.

Baca: “Beri vaksin kepada orang yang belum divaksinasi boleh lindung dari Varian Delta, bukan ‘booster shot’” – Dr Hisham

Collage 43

Sumber: Malaysiakini