Bagi mereka yang ada bela kucing pasti perasan yang kucing peliharaan tu suka sangat baring dan duduk dekat laptop, ada pula kalau boleh suka duduk menempel atas lap top kan?
Kita dapat lihat sendiri orang lain lalui situasi yang sama, pasti kita selalu lihat rakan-rakan atau video-video viral di media sosial menunjukkan situasi yang sama.
Sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa kucing bertindak sedemikian rupa….
Tempat berhaba
KIta sedia maklum bahawa, laptop kan panas, jadi ia adalah punca kenapa kucing suka landing dekat lap top korang sebab ia akan buat dirinya rasa selesa.
Menurut sumber, haba dari laptop itu membantu dalam mengekalkan suhu thermoneutral kucing. Kalau kita perhatikan, bukan sahaja laptop, tempat-tempat yang tersorok macam bawah almari, bawah sofa atau dalam selimut pun diaorang suka duduk kat situ kan?
Suka perhatian
Rasanya tak perlu nak diperjelaskan lagi yang kucing ni kan bersikap clingy, sangat suka perhatian daripada tuannya.
Kalau si tuan tumpukan perhatian pada laptop, si comel mesti akan rasa cemburu. Dengan sikap si manja yang kuat cemburu ni, dia akan cuba tarik perhatian tuannya, itu sebab lah ada yang sampai pergi baring atas keyboard tu! Yih! Geramnya!!! Jadi, cuba-cubalah curi masa sikit,usap dia tu.
Seorang perunding tingkah laku kucing, Marilyn Krieger, mengatakan bahawa kalau kucing duduk di atas keyboard laptop, pasti kita akan usap dan belai, jadi disebabkan itu, kucing akan ada mindset bahawa keyboard laptop itu adalah tempat yang mudah dapat perhatian dan dia akan terus duduk disitu.
Baca : Kanak-kanak Kreatif Namakan Kucing Tupperware Gara-gara Takut Si Bulus Dibuang Ibu