2 orang lelaki kini menjadi tumpuan warganet kerana tindakan mereka yang dilihat sengaja ingin mengundang kontroversi di mata umum.
Dalam satu video yang tular, salah seorang daripada 2 lelaki tersebut telah muncul dalam sesi live di TikTok dalam keadaan tidak berbaju dan lebih teruk lagi dia memakai lampin dewasa serta membiarkan seluar pendeknya terlondeh.
Artikel berkaitan : “Cuma minta diapers & susu, isterinya” – Kisah Abang ‘Rider’ Tukar Lampin Anak Atas Motor Runtun Hati Anzalna
Artikel berkaitan : Selepas Isu Bantuan Lampin, Wanita Asnaf Dakwa Alami Kesan Sampingan Selepas Terima Suntikan Di Hospital
“Kita buat benda betul”
Kedua-dua lelaki tersebut juga dilihat sedang melepak di kedai mamak dan salah seorang darinya sedang sibuk membaca komen. Sambil melayan netizen, salah seorang lelaki menegaskan bahawa mereka melakukan perkara yang betul.
“Biar orang nampak kita macam tak betul, tapi kita buat benda yang betul.”
Dalam video tersebut, ayat ini kerap diulang sepanjang sesi live, bahkan individu itu turut menegaskan bahawa dia mencari rezeki dengan cara yang betul. Lelaki tersebut juga tak kisah jika mereka menjadi pandangan orang awam.
Berdasarkan maklumat dari sumber, aktiviti tersebut didakwa dilakukan pada 3 November lepas, malah, di TikTok, tular juga video memperlihatkan kedua-dua lelaki ini melakukan tarian wadidaw sambil memakai lampin dan menggunakan kata-kata “buat benda betul” itu.
Menjengah ke ruangan komen di pelbagai platform, sudah semstinya ramai yang kurang senang melihat video tersebut.

