in

2 ‘Geng’ Bergaduh Depan Restoran, Punca Sebab Saling Menyindir Di Media Sosial?

Geng Bergaduh Depan Restoran

Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, Selangor.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam pada Selasa melibatkan dua kumpulan lelaki dipercayai berkumpul di kedai terbabit sebelum berlaku pergaduhan.

Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat, kedua-dua kumpulan lelaki tersebut bergaduh dan bertindak secara agresif sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Screenshot 2023 08 02 150343

Malah, ada yang diantara mereka membaling dan memukul menggunakan kerusi antara satu sama lain.

Turut kelihatan beberapa pelanggan yang tidak terlibat dengan pergaduhan itu terpaksa beredar daripada lokasi tersebut kerana risau turut cedera dengan insiden itu.

Punca gaduh sebab sindir-menyindir?

Sumber melaporkan kejadian dipercayai berpunca daripada sindiran di media sosial mengenai rancangan menggabungkan dua kumpulan kelab motosikal.

Kumpulan itu dikatakan tidak puas hati lalu mengadakan pertemuan di restoran itu sebelum berlakunya pergaduhan.

Difahamkan setakat ini, polis telah menahan lapan individu berusia antara 19 hingga 33 tahun yang disyaki terbabit pergaduhan. Katanya, polis kini sedang giat mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas.

364771720 6569536623160935 5574448221169994549 N

Orang ramai yang melihat video pergaduhan itu turut mengecam kejadian terbabit yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, malah tindakan tidak bijak itu membawa padah apabila melibatkan kes polis.

Baca: Tular Video Warga Asing Serang Wanita, Polis Perjelas Rupanya Sebab Bergaduh Sesama Sendiri
Warga Asing Bergaduh Sesama Sendiri