in

18 Pengemis Warga Asing Ditahan, Raih Sehingga RM600 Sehari Di Pasar Malam

ft warga asing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 18 warga asing di Johor Bahru telah ditahan, ia selepas dikesan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor yang menjalankan operasi penguatkuasaan bagi menggempur pengemis jalanan warga asing di dua lokasi pasar malam sekitar Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad pada Isnin lalu.

Pengarah JIM Negeri Johor, Mohd Rusdi Mohd. Darus berkata, pengemis warga asing yang berumur dalam 40 hingga 69 tahun tersebut mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari dengan hanya duduk bersila sambil menghulurkan tangan untuk meraih simpati orang ramai.


Artikel berkaitan : Cuba Serang Anggota Maritim Punca 5 Lelaki Warga Asing Ditembak Di Morib

Artikel berkaitan : Raih Wang Hingga RM12K Sebulan, Warga Asing Mengemis Di Pasar Malam Ditahan Imigresen

“Mereka terdiri daripada empat lelaki warganegara China, lelaki Thailand (4), lelaki Kemboja (3) bersama seorang perempuan Kemboja, dua lelaki dan dua wanita Syria serta masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Pakistan.

“Pengemis jalanan yang ditahan dipercayai ada yang kudung dan cacat anggota untuk meraih simpati pengunjung pasar malam.

WhatsApp Image 2025 02 05 at 12.54.17 PM

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua pengemis mampu meraih pendapatan purata harian sehingga RM600 seorang.”

Tambah Mohd. Rusdi lagi, semua tahanan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan kesemua tahanan itu telah ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.