in

“17 tahun patutnya study untuk SPM!” – Kes Pukul Junior Di Asrama, 3 Pelajar Senior Direman 4 Hari

Cc 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular satu video berkaitan seorang pelajar dibuli di asrama. Dilaporkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemahang 1, Kemaman.

Punca kejadian itu berlaku dikatakan hanya kerana gurauan mangsa untuk membelanja makan KFC kepada suspek.


Rakaman video berdurasi 25 saat semalam menunjukkan, mangsa dipukul bertubi-tubi, termasuk ditumbuk dan disepak.

C 2

Dilaporkan bahawa, mangsa terus membuat laporan polis dan penangkapan suspek dilakukan sejurus selepas laporan itu diterima.

Tiga pelajar Tingkatan Lima yang disyaki memukul mangsa yang masih berada di Tingkatan Satu itu telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

C1 1 5

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat memaklumkan mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Perintah tahanan reman hingga Ahad ini terhadap ketiga-tiga suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli, lapor Berita Harian.

 

Baca: Pelajar Kena Belasah Dengan Rakan Asrama Sebab Dikatakan Hanya Bergurau Nak Belanja Makan KFC?

Buli5

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.