in

14 Tahun Tidur Bawah Pokok Kecil, Wanita Terharu Dibantu Ebit Lew, Siap Diberi Rumah Sewa Percuma

Cats 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dalam bulan puasa, pendakwah bebas Ebit Lew kini masih dengan misinya untuk membantu orang yang memerlukan. Boleh kata Ustaz Ebit Lew ni jadi favourite satu Malaysia la.


Menerusi posting di Facebook Ebit Lew hari ini, dia berkongsi kisah mengenai seorang wanita berbangsa India berusia 62 tahun yang masih gigih mencari rezeki sendiri dengan mengutip besi. Lebih menyayat hati, wanita ini sudah 14 tahun tidur di bawah pokok kecil.

“3 kali saya ternampak makcik ni kutip besi tapi bila saya cari semula mesti sudah tiada.”

7T

Menurut Ebit Lew, selepas terjumpa semula wanita itu, dia sempat berbual dan memujuknya untuk tinggal di sebuah rumah sewa yang dia mahu berikan secara percuma. Pada awalnya, wanita itu tolak sebab dia cakap ada lagi orang yang lebih memerlukan daripada dia. Baiknya makcik ni, terfikir lagi pasal orang lain.

 

Sedih dengar nasib hidupnya

Selepas berjaya dipujuk, akhirnya wanita itu bersetuju untuk tinggal di sebuah rumah sewa di Mentari Court.

183891078 4230749476955265 6474478479228529397 N

“Dia menangis cakap terima kasih dan pada mulanya dia ingat saya main-main.”

Sementara tunggu dapat kunci rumah dari penyewa, Ebit Lew bawa wanita ini membeli barang-barang rumah sambil dia menceritakan tentang kisah hidupnya.

183351621 4230749536955259 8680860778193204629 N

Makcik ini cerita yang ramai lelaki pernah buat perkara ‘tak baik’ dan meraba dia walaupun dia sudah tua ketika dia tinggal di bawah pokok kecil sebelum ini. Wanita ini tak boleh buat apa-apa dan cuma mahu mereka berjanji untuk tidak memukulnya. Weh sanggupnya diorang buat macam tu dekat makcik ni! 

 

Tak mahu membazir

Selepas selesai beli barang, Ebit Lew ajak wanita ini makan waktu berbuka puasa. Waktu itu, mereka makan ikan patin dan wanita ini hirup semua kuah yang lebih. Pada mulanya Ebit Lew ingat dia nak order lagi sebab takut makcik ini lapar lagi. Rupanya dia hirup semua kuah lebih sebab tak mahu membazir.

183672313 4230749443621935 6415675321807428773 N

Selesai makan, mereka balik ke rumah untuk dapatkan kunci rumah dari penyewa pada jam 9 malam.

“Sampai 10.30 malam baru saya nak balik dapat satu kes lain pula. Sedih rasa. Begitulah ujian hidup.”

Ebit Lew ni memang level function lain macam. Dari dalam Malaysia sampai ke luar Malaysia dia dah tolong ramai orang. Semoga Tuhan balas kebaikan dia selama ini. Amin..

 

Sumber: Ebit Lew

Baca:Budak Umur 12 Tahun Tidur Di Jalanan Lepas Ibu Ayah Meninggal Akibat COVID 19 Dapat Bantuan Ustaz Ebit Lew

Capture 42

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.