in

13 Perkara Hanya Orang Yang Pernah Duduk Asrama Kat Malaysia Je Boleh Faham

Ok 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dekat Malaysia ni ada banyak jenis sekolah asrama macam SBP, SBPI, MRSM dan SMAP. Selalu kalau masuk asrama mesti orang kata korang budak pandai. Kadang stres gak dengar orang cakap macam tu.


Walaupun ada macam-macam jenis sekolah asrama dalam Malaysia ni, tapi for sure 13 perkara ni uolls yang pernah masuk asrama je boleh faham.

 

1. Roll call pagi-pagi buta macam waktu tidur dah

Cabaran besar dok asrama ni ialah bangun pagi! Serious talk weh, pagi gila kena bangun sebab nak berkejar pergi roll call. Kalau lambat, for sure kena tebalkan muka sebab cikgu akan suruh berdiri dekat depan perhimpunan tu sebagai denda. Sebab roll call ni pagi sangat start nya, ada students yang sambil berdiri pun boleh terlelap kejap. Punyalah ngantuk!

Skolah
gambar hiasan

 

2. Main ikut je bacaan Asma’ul Husna time roll call padahal tak tau

Masa time roll call, mesti ada benda wajib yang akan dibaca masa time tu iaitu baca Asma’ul Husna. Sebenarnya korang tak sure sangat pun sebutan sebenar tapi since dah dibaca tiap-tiap pagi, korang main miming je ikut orang lain baca macam mana. Asalkan ada bunyi jadi lahhh…

Mumble

 

3. Happy sebab tak payah basuh dan kapur kasut, kiwi je beb!

Kalau dekat sekolah harian, students kena pakai kasut putih atau kasut hitam untuk yang ada jawatan. Tapi sebab kasut sekolah harian ni kain, leceh gila lah nak kena basuh and kapur tiap-tiap weekend. Bila masuk asrama, hilang ‘beban’ tu sebab pakai kasut kulit yang kadang-kadang je nak kena kiwi. Kiwi pun kejap je dan tak seleceh nak kena basuh.

Kasut Klit Puteri
gambar hiasan

 

4. Terpaksa keluar riadah walaupun tak kuasa nak bersukan bagai

Jadual dekat asrama sama je semua and time petang memang dah tau dah, WAJIB keluar beriadah. Maksudnya kau suka bersukan atau tak suka, kau tetap kena keluar jugak sebab kang tak keluar, for sure warden marah nanti. Tapi kadang bukan korang main pun kan, korang just lepak-lepak je tak pun yang jenis skema, akan pergi kelas sebab nak study.

Skolah2
gambar hiasan

 

5. Sentiasa ada golongan pelajar puteri gedik dan pelajar putera yang kerjanya nak usha orang je

Hot

Dekat sekolah asrama sentiasa ada golongan-golongan yang kerja dia nak usha orang je. Yang lelaki selalu nak skodeng-skodeng perempuan macam first time jumpa perempuan. Pelajar puteri pulak ada yang tergedik-gedik dan gunakan time riadah untuk usha pelajar putera beraksi main bola kat padang! Come on, dik, mak ayah hantar sekolah suruh belajar. Bukan bercinta tau!

 

6. Seboleh-boleh semua barang mati-mati kena tulis nama

Skolah4
sumber: twitter

Ini memang semua buat rasanya. Tulis nama kat barang ni perkara yang teramat penting sebab nak elak barang kena ambil. Kadang bukan orang curi tapi sebab semua pakai barang yang sama, so, boleh tertukar. Pasal tulis nama ni, ada yang suka tulis nama singkat atau nickname, ada yang tulis nama penuh weh terutama kat baldi. Tapi favourite tulis huruf permulaan nama je kat barang. Senang.

 

7. Dapat keluar outing?! Freedom!!!

Outing ni ada masa-masa je dibenarkan. Selalunya dalam sebulan tu sekali atau dua kali je boleh outing dan turn outing pelajar puteri dan putera biasanya akan selang seli sebab cikgu tak nak ada pelajar yang pergi keluar dating pulak. Masa dapat keluar ni, ya Tuhan! Happy yang teramat sebab akhirnya dapat freedom yang dicari-cari selama kat asrama. Masa ni lah korang keluar nak pekena KFC dan curi-curi tengok wayang.

Giphy 23

 

8. Cop tandas dengan sebut “after” atau bakul yang beratur

Skolah6
sumber: twitter

Time kat asrama ni, memang memanjang nak kena cop terutamanya turn nak mandi. Bila students ramai, toilet sikit, ni lah jadinya. Favourite word nak cop ialah ‘after‘. Kawan korang tengah mandi, korang pun cakap after! Tak pun korang susun bakul toiletries depan toilet sebab nak cop, lepas tu sambung tidur sementara tunggu giliran.

 

9. Tiap-tiap malam ketua blok jerit “LIGHTS OFF!!!”. Rimas oi!!

Lepas tu, tiap-tiap malam mesti ketua blok akan jerit “LIGHTS OFF!!!”. Malam masih muda! Awat suruh tutup lampu? Tapi ikut je lah ye dakk? So, inisiatif yang diambil ialah ada students yang akan bawak lampu meja bila dah kena tutup lampu tu. Lepas tu sakit hati bila time spot check, cikgu rampas lampu meja sebab katanya bila time tidur kena tidur!

Skolah12

 

10. Khamis malam Jumaat tak putus baca Yassin/Tahlil

Yang ni pelajar Islam kat asrama memang dah biasa dah. Dari dulu sampai sekarang memang tiap-tiap Khamis malam Jumaat akan ada bacaan Yassin dan Tahlil dekat surau. Lepas tu nanti akan ada selit-selit bacaan zikir. Time ni guys, siapa yang homesick, memang boleh meleleh air mata teringatkan mak dan ayah. Time ni jugaklah korang akan muhasabah diri, awatlah masuk asrama ni. Dok rumah kan lagi best.

Skolah8
gambar hiasan

 

11. Seriously, siapa yang cipta prep malam??!

Skolah9
gambar hiasan

Terseksa weh! Dah lah dari pagi sampai petang sebelum riadah kena pergi kelas, bila malam pulak kena belajar lagi. Masa ni ramai je yang memang guna masa sebaiknya nak study tak pun buat kerja sekolah. Ada jugak set-set yang rajin siap buat study group. Tapi ada jugak yang guna peluang ni untuk pergi lepak lah, dating lah, tak pun tidur. Bila cikgu masuk kelas nak check, gelabah semua berlakon konon tengah menelaah.

 

12. Tak tahan dok asrama sampai kira hari nak balik rumah

Bila dapat balik rumah best gila! Siap kira hari tau bila nak balik. Memang tak sabar and excited yang teramat. Sebenarnya selain nak jumpa mak ayah, korang sebenarnya rindu nak makan sedap, tak pun memang dah plan nak qada’ tidur kat rumah. Tu yang bila bawak balik kerja sekolah, last-last tak siap jugak nanti sebab dah syok sangat cuti. Time ni pun akan ada ketua yang kutip kad outing untuk dapatkan tanda tangan warden.

Skolah11
gambar hiasan

 

13. Memori dengan kawan-kawan kat asrama memang tak boleh dilupakan sampai bila-bila

Sepanjang dua tahun lima tahun dekat asrama, kawan lah yang jadi family dekat situ. Apa-apa masalah, kawan-kawan lah yang korang akan cari. Kalau bukan dorang sapa lagi, family dah lah jauh. Kalau dekat MRSM pulak siap ada homeroom. Setiap homeroom akan ada sorang cikgu jadi macam mak atau ayah angkat lah gitu. Kawan dan cikgu lah jadi tempat mengadu.

Giphy 1 10

Ada banyak lagi benda-benda hanya orang yang pergi asrama je boleh faham dan relate. Sebab basically, tak kisah lah asrama mana pun korang masuk, rutin dan rules kat asrama ni sama je. Kadang memang penat duduk asrama ni tapi banyak juga benda yang berlaku yang buat korang rindu kat sekolah sampailah sekarang.

Apa lagi benda yang korang ingat?

Baca: 11 Perkara Korang Confirm Rindu Bila Teringatkan Zaman Sekolah

Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.