Pernah tak masa dengar radio, korang terasa macam pernah dengar lagu ni. Nak kata lagu baru, macam lagu lama. Lebih kurang macam lagu raya lama tapi diberikan nafas baru lah gitew!
Kadang-kadang lagu ni tak berapa sedap jadinya, tapi ada jugak yang boleh tahan power mengalahkan lagu asal. Jadi berikut admin senaraikan 10 lagu raya legend yang dinyanyikan semula oleh artis terkenal.
Senarai ini hasil perkongsian Jefri Aduba di Twitter.
1. Selamat Hari Raya (Fazidah Joned) – Dayang Nurfaizah
Admin rasa lagu Selamat Hari Raya nyanyian Fazidah Joned ini antara yang paling klasik dan digemari ramai. Oleh sebab tulah, pada sekitar tahun 2000an ramai yang mula buat lagu saduran lagu ini.
https://www.youtube.com/watch?v=dOwFklt1KYs
Antara yang berjaya menyanyikan lagu ni dengan jayanya ialah Dayang Nurfaizah. Jarang sebenarnya nak dengar lagu raya dari Dayang ni.
2. Suasana Riang Di Hari Raya (Junainah M. Amin) – Nora
Lagu ni boleh dikatakan antara lagu nostalgik yang disukai ramai. Apa yang menariknya, nyanyian semula dari Nora ni tak sama langsung dengan lagu asal.
3. Aidilfitri (Sanisah Huri) – Misha Omar
Susunan lagu Aidilfitri ni agak lain sikit dari nyanyian Sanisah Huri. Mendayu-dayu dan memang kena betul dengan suara Kak Misha kita.
4. Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah) – Fauziah Latiff
Lagu yang popular dinyanyikan oleh Aman Shah ini telah dinyanyikan semula oleh Fauziah Latiff dalam mood yang lebih sayu. Dengarnya lagu ni sepatutnya dinyanyikan dengan Zamani Slam tapi tak tahu sebab kenapa Kak Gee sorang je yang nyanyi.
https://www.youtube.com/watch?v=tIaYc01jlW4
5. Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri) – Anuar Zain
Lagu Bersabarlah Sayang ini ternyata piece of cake je bagi Abang Anuar kita sebab penyanyi lelaki terkenal ini mampu membawanya dengan penuh perasaan. Min suka version Anuar Zain ni!
6. Lenggang Mak Limah (Bing Slamet) – Halil Chik
Mungkin tak ramai yang tahu lagu Lenggang Mak Limah ni asalnya dari Indonesia dan dipopularkan semula oleh Halil Chik di Malaysia. Sedap dan rasa sangat klasik bila dengar lagu ni!
7. Miskin Kaya (Normadiah) – Kumpulan Nasyid Firdaus
Sebenarnya tak ramai yang tahu lagu Miskin Kaya ni dinyanyikan sejak 1953 lagi oleh Normadiah. Lagu ni kemudian disadur oleh penyanyi seperti Nona Asiah, Eddy Noor Ali, Amy Search dan yang paling famous ialah daripada kumpulan Firdaus.
8. Suara Takbir (P Ramlee) – Siti Nurhaliza
Dato’ Sri Siti Nurhaliza merakamkan lagu Raya pertama beliau pada tahun 1996 dan lagu itu ialah Suara Takbir nyanyian P Ramlee. Antara banyak-banyak saduran, lagu nyanyian Siti ni yang rasanya paling melekat di minda.
9. Joget Aidilfitri (Sanisah Huri) – Ning Baizura
Punyalah sedap Ning Baizura nyanyi lagu ni sampaikan orang lain ingat lagu ini memang lagu yang diciptakan khas untuk Ning sendiri!
Nah lagu asalnya. Boleh tahan sedap jugak!
10. Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Al Jawaher) – Mamat Exists
Lirik lagu ini pernah menimbulkan kontroversi tak lama dulu apabila ‘kan kusujud di kakimu’ diubah kepada ‘kan kupeluk dirimu’. Apa-apapun sempena Syawal 2019 ni Al Jawaher katanya buat comeback dengan muzik video terbaru.
Selamat bernostalgia! Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Baca: Kisah Bagaimana Johor & Perak Pernah Sambut Syawal Awal Sehari Pada 1983