in , ,

Kisah Bagaimana Johor & Perak Pernah Sambut Syawal Awal Sehari Pada 1983

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah hampir-hampir musim perayaan ni pasti kita akan mula rasa bahang-bahang semangatnya, bagi yang bekerja dah mula fikir nak balik kampung, ada yang dah mula berjalan-jalan cari baju, kiranya tinggal tunggu masa je nak balik kampung halaman.


Tapi bayangkan, korang yang dah rancang cuti, lagi beberapa hari nak balik kampung, rupa-rupanya, esok dah raya di negeri asal.

Merepek? Perkara ini pernah terjadi pada tahun 1983 dulu, di mana Johor & Perak telah menyambut Hari Raya Aidilfitri sehari awal daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

 

Puncanya nelayan terlihat bulan

Ianya berlaku pada musim akhir bulan Ramadhan dimana semua umat Islam menantikan kedatangan bulan Syawal pada tahun 1983.

Kisahnya bermula apabila beberapa kumpulan nelayan yang pulang dari menangkap ikan di laut telah terlihat anak bulan dan berita itu telah sampai ke darat dengan cepat.

Agak-agaknya kalau tahun ni dah ada Facebook dan Twitter, rasanya seminggu awal terus.

Dikatakan ianya diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut pada ketika itu. Namun, tiada rekod dan bukti khas untuk mengukuhkan kenyataan ini dalam menjadi permulaan kepada kisah sambutan perayaan awal sehari di negeri Perak ini.

Cerita ini pun telah meleret ke mufti, katanya ia harus dimaklumkan terus kepada Sultan kerana Sultan mempunyai kuasa penuh untuk membuat pengisytiharaan hari raya.

Selepas baginda mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada rakyat jelata. Perak dan Johor terus menyambut 1 Syawal keesokkan harinya dimana ianya awal sehari daripada negeri-negeri lain.

Pada masa itu Singapura , Indonesia dan Brunei juga menyambut sehari awal.

 

Yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan Marin adalah sahih.

Baginda dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih.

Kebiasaannya kini, apabila hari raya pertama kita akan dapat melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan sudah tidak perlu menggunakan teropong.

Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal, ia terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain.

Setelah berpuluh tahun berlalu, penentuan bulan puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana ia sudah sudah bertahun-tahun selari dan ada dicatatkan dengan kalendar dengan kiraan yang betul.

Dari itu, sambutan perayaan aidilfitri tidak pernah lewat dan tidak pernah awal. Menurut sumber, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan sempadan Perak dengan Selangor Tanjung di Malim kerana mereka yang ada di Tanjung Malim berlagak makan dan hisap rokok.

 

Baca : Hati-hati! Tayar Myvi Tengah ‘Panas’ Sekarang, Lagi-lagi Dah Nak Dekat Raya Ni

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.