in

10 Bangkai Kucing Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang Jalankan Siasatan

10 bangkai kucing ditemui di tempat pembuangan sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

10 bangkai kucing dalam plastik telah ditemui di sebuah tempat pembuangan sampah di Jelutong, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, pihak JPV atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang sedang menyiasat tentang penemuan 10 bangkai kucing itu kerana kucing-kucing itu disyaki dibunuh.


Difahamkan, tempat pembuangan sampah tersebut adalah di hadapan rumah perlindungan haiwan di Jelutong.

3 1

Artikel Berkaitan: 7 Kucing Kesayangan Mangsa Kebakaran Bersiri Di Baling Rent*ng

Artikel berkaitan: Misteri Terjawab, Dendam Sering Dibuli Di Tempat Kerja Punca Lelaki B*kar 9 Rumah Di Baling

Pihak JPV telah pun ke lokasi penemuan bangkai kucing tersebut untuk siasatan dan siasatan akan diteruskan agar bukti dapat diperolehi.

Sebelum ini tular di media sosial video dan foto tentang bangkai-bangkai si bulus itu dalam plastik di tempat pembuangan sampah berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.