Tatkala bilangan kes positif Covid-19 kian meningkat di negara kita, orang ramai mula memilih untuk tidak ke pusat beli-belah ekoran beberapa kes yang dilaporkan di sana. Antaranya ialah KLCC, 1 Utama, Setia City Mall dan beberapa pusat beli-belah yang lain.
Terkini pihak kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan arahan kepada pusat beli-belah 1 Utama di ibu negara menutup sementara operasinya selama seminggu menerusi akaun Twitter rasmi mereka @MKNJPM.
Berita tersebut turut disampaikan melalui pengguna Twitter @redzuanNewsMPB dan turut melaporkan 800 individu perlu disaring dan proses sanitasi dilakukan.
Kami di Lobak Merah ingin mengingatkan semua supaya sentiasa patuhi SOP ketika keluar rumah seperti memakai face mask dan kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau hanf sanitizer. #KitaJagaKita
Baca: 1 Utama Lapor Satu Lagi Kes Positif Covid-19, Kali Ini Dari Staf Estee Lauder Di Parkson