Baru beberapa hari lepas One Utama laporkan satu kes baru dari staf Mac City, kali ini pusat beli belah itu laporkan satu lagi kes positif Covid-19 dari pekerja Parkson.
Menurut Facebook rasmi, Parkson One Utama akan menutup outlet Parkson hingga diberitahu kelak lepas salah seorang pekerja Parkson disahkan positif Covid-19. Penutupan ini dibuat sejurus selepas pihak pengurusan dapat tahu mengenai perkara ini.
Buat masa ini, pihak frontliners sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan pengunjung-pengunjung lain.
Manakala staf-staf yang terlibat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah dan pihak KKM dan pengurusan sedang berkerjasama mengesan kontak rapat.
Stay safe semua!