in

“1 gambar RM10”- Pelancong Indonesia Dedah Scam Servis Ambil Gambar Di Depan KLCC

F3 Scammer Klcc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering berkunjung ke tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur seperti di kawasan KLCC atau Masjid Jamek, mesti anda tahu tentang kewujudan sindiket scammer yang menggunakan budak Rohingya untuk menjual Yasin dengan harga yang tak munasabah.

Nampaknya isu ini masih tiada kesudahan kerana baru-baru ada video dari Indonesia yang memberi amaran agar pelancong negara itu yang datang ke Kuala Lumpur agar berhati-hati dengan modus operandi terbaru untuk menipu pelancong yang melawat Menara Berkembar Petronas.


Menurut video tersebut, sekumpulan individu akan menawarkan bantuan untuk membantu pelancong dari negara seberang untuk bergambar dengan berlatar belakangkan KLCC.

Ramai pelancong didakwa telah tertipu kerana pada mulanya mereka menganggap bantuan yang ditawarkan itu percuma namun setelah gambar siap diambil, mereka akan meminta bayaran sebanyak RM5 hingga RM10 untuk setiap keping gambar.

Manakala menurut seorang netizen pula, jika pelancong tidak mahu menerima bantuan yang ditawarkan oleh mereka, mereka akan menyibuk di tempat yang anda nak bergambar.

Namun, dalam masa yang sama, rata-rata warganet berpendapat bahawa sekumpulan individu yang menawarkan servis seumpama itu bukanlah rakyat Malaysia kerana cara mereka bercakap tidak menyerupai penduduk negara ini.

Sebaliknya, mereka adalah orang asing yang sengaja mahu mengaut keuntungan di negara ini.

12

11 1

Rata-rata netizen Malaysia juga menggesa pihak berkuasa untuk bertindak kerana jika tidak dikawal, isu ini boleh memburukkan nama Malaysia di mata pelancong luar sekali gus menyebabkan ramai yang takut untuk datang melancong ke ibu kota.

Baca: “Anak kamu di tangan aku” – Taktik Baru Scammer, Hantar Mesej Orang Tersayang Diculik & Minta Tebusan

Scammer Ugut Culik Minta Wang Tebusan

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.