Sebuah jenama pakaian iaitu jenama Khatam telah menjadi perhatian netizen apabila jenama tersebut menawarkan lifetime warranty atau tempoh jaminan seumur hidup kepada pelanggan yang membeli baju-baju keluaran mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial X yang dikenali sebagai Aizuddin Manap telah berkongsi di platform X tentang baju kurta jenama Khatam yang dibelinya yang koyak sedikit di bahagian poket baju meskipun baru dipakai.
kurta Khatam ni baru sarung pakai, saja check poket dah berlubang. boleh ke exchange? pic.twitter.com/h8tEhAy6lW
— aizuddin manap (@aizuddinmanap) April 11, 2024
Apa yang menarik perhatian netizen ialah pihak jenama Khatam menerusi khidmat pelanggan mereka telah memberi respon kepada Aizuddin tentang masalah bajunya itu.
Pihak Khatam menerusi X terlebih dahulu telah memohon maaf kepada pelanggan mereka tentang jahitan pada poket baju yang longgar itu.
Artikel Berkaitan: “Cuba check dulu samping…” – Ramai Bengang Seluar Baju Melayu Berbulu, Mungkinkah Samping Penyebabnya?
Artikel Berkaitan: Peniaga Baju Melayu Mengadu Stok Masih Banyak Walau Dah Turun Harga, Ramai Netizen Kesian Tapi…
Pihak jenama itu kemudiannya mengatakan bahawa pelanggan boleh ke mana-mana cawangan butik Khatam menukar pakaian tersebut kepada pakaian yang baru.
Jika pakaian yang rosak itu telah dipakai dan tag juga telah dibuang, pelanggan boleh hantar baju tersebut ke butik mereka untuk dibaiki. Difahamkan, tukang jahit butik Khatam akan membaikinya semula dalam masa 4 atau 5 hari bekerja.
Ini kerana jenama Khatam memang menawarkan lifetime warranty kepada para pelanggan mereka untuk membaiki jahitan yang terbuka atau longgar seperti baju individu tadi.
Kalau sudah dipakai dan tag dah dibuang, boleh hantar ke butik kami dan in-house tailor akan repairkan dalam masa 4-5 hari bekerja. Kami ada lifetime warranty untuk repair loose stitching macam ini.
— KHATAM (@khatamkl) April 11, 2024
Rata-rata warganet memuji khidmat pelanggan atau customer service yang disediakan oleh jenama Khatam ini kerana sangat membantu masalah-masalah baju yang telah dibeli pelanggan.
Malah, dalam thread di X yang sama juga, dapat dilihat bahawa jenama ini menjawab soalan-soalan pelanggan dengan penuh berhemah.
Kalau mcm ni susah skit nak tlg sbb our policy to exchange mesti ada receipt and tag still intact dgn baju 🥹 Apapun boleh email ke cs@khatam.com.my and update details (Tag still simpan atau dah buang & resit pembelian) Atau boleh juga hadiahkan baju tu ke saudara hehehe
— KHATAM (@khatamkl) April 11, 2024
Memang bagus brand Khatam ni kan, Harapnya cara mereka layan pelanggan akan dicontohi oleh jenama-jenama lain di pasaran juga.
Sumber: X @khatamkl