Peniaga Bazar Ramadan Bermulut Lancang, Hina Pelanggan Gemuk dan Kuat Pelahap

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Gambar sebelah kiri hanya sekadar hiasan.

Bak kata pepatah, ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Kerana terlalu lancang dalam berkata-kata, pemilik blog kecantikan, Innanie Ariffin tersinggung dengan bicara seorang penjual kebab.

Sumber: Facebook

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, Innanie ke bazar Ramadan berhampiran pejabatnya telah menyinggah di sebuah gerai kebab. Oleh kerana kedai tersebut kosong tanpa sebarang pelanggan, dia memutuskan untuk membeli kebab di situ dengan niat untuk membantu.



Gambar hiasan

Bang, kebab satu berapa?”

RM4.50.” 

Ok, bagi satu kebab daging, bang.” 

Namun apa yang dibalas penjual tersebut sangat menyakitkan hati. Boleh pula abang tu memerlinya!

Satu? Ambillah lima. Orang gemuk macam awak ni biasanya pelahap, makan banyak. Tak cukup satu. Nak kasi awak kenyang mesti 5 ke 10 kebab!” 

Amboi bang mulut tu tak ada insurans langsung! Kang tak pepasal ada yang kena flying kick nanti.

Gambar hiasan

Menurut Innanie, lelaki itu bersama rakan-rakannya turut meleparkan ketawa sinis terhadapnya dengan tujuan untuk menghina. Innanie yang memahami apa yang dimaksudkan penjual tersebut, terus menjawab dengan tenang,

Sepanjang jalan tadi, saya nampak kedai abang kosong. Tak ada orang. Ada kedai kebab di hujung sana. Tapi saya tak jadi singgah sebab teringat kedai abang ni. Niat saya memang nak beli kat abang sebab nak membantu.”

Malah Innanie juga berpendapat, padanlah kedai tersebut kosong. Rupa-rupanya si penjual bermulut lancang dan tidak menghormati pelanggan.

Tapi dengan mulut abang yang macam ni, sesedap rasa menghina orang gemuk. Saya rasa… ini terakhirlah saya beli dari abang. Abang boleh makanlah sendiri kebab ni.”

Orang berniaga, hati pelanggan kena dijaga bang. Abang pulak, dapat pelanggan dihina. Takpelah! Lagi satu, abang ingat orang gemuk tu pelahap ke?”

Haa kan dah kena ceramah! Padan muka!



Akibat hatinya sudah semakin panas, Innanie meletak RM5 dan terus beredar meninggalkan si penjual kebab dan dua rakannya tadi. Penjual tersebut terdiam mendengar bicara Innanie yang tajam dan pedas tu.

Gambar hiasan

Innanie juga sempat berpesan agar para penjual janganlah bermulut lancang kalau mahu kedainya laku. Isu fizikal manusia itu sensitif.

“Siapa pun anda — buruk atau cantik, kurus atau gemuk, rendah atau pendek, sempurna atau cacat, hitam atau putih, miskin atau kaya, tak berhak untuk hina orang lain. Ini lagi sebagai seorang pelanggan,” tambahnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan Innanie dan mengecam tindakan penjual kebab tersebut yang sesuka hati mengkritik rupa paras seseorang tambahan pula di bulan yang mulia ini.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kecantikan itukan subjektif. Tak semestinya yang berbadan besar itu tak cantik. Yang penting confident! 



Baca: “Kau Pakai Topeng Apa Ni? Buruk Sial” – Lelaki Ini Luah Rasa Terkilan Rupa Paras Dicaci dan Dihina

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!