in

Pelajar Tingkatan Empat Berkomplot Dalam Kes Kecurian Kereta dan Dadah di Sik, Kedah

Remaja 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin lama nampaknya makin ramai remaja bawah umur terlibat dalam jenayah. Baru-baru ini, World of Buzz melaporkan pada Ahad lepas, dua lelaki berusia 22 dan 16 tahun telah diberkas polis atas jenayah mencuri kereta di Kedah.


Menurut laporan, pihak polis telah mengekori suspek yang berusia 22 tahun dari Sungai Petani hingga ke Sik. Suspek juga berada dalam senarai dikehendaki polis bagi jenayah menipu dan memiliki kereta curi.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah membentuk sebuah pasukan khas yang terdiri daripada dua buah kereta dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Muda yang mengekori kereta Proton Iriz dan sekaligus mengepong kenderaan tersebut di stesyen minyak dekat Kampung Merbau Kudung, Batu 5 di Sik jam 2.21 petang. Pun begitu, lelaki itu tidak berseorangan.

16 Year Old Malaysian Student Arrested As Accomplice To Car Theft And Drug Possession World Of Buzz
sumber: wob

Dia mempunyai rakan jenayah yang merupakan seorang pelajar tingkatan empat dari Langkawi. Pelajar tersebut juga belum pernah ada rekod jenayah. Muda-muda lagi dah berani!

16 Year Old Malaysian Student Arrested As Accomplice To Car Theft And Drug Possession World Of Buzz 2
sumber: wob

Menurut NST, apabila pihak polis cuba untuk menahan mereka, lelaki tersebut panik dan cuba untuk melarikan diri. Dia mengundurkan kenderaannya dan melanggar Proton Waja milik polis. Walaupun begitu, pihak polis berjaya menghalang mereka dari melarikan diri dengan melepaskan tiga das tembakan pada tayar kereta curi tersebut.

Menurut pihak polis,

Setelah pemeriksaan dijalankan, kami telah menjumpai sebilah parang, pisau dan tiga buah straw mengandungi bahan-bahan yang disyaki dadah jenis heroin di dalam kenderaan tersebut.” 

289X181Xbigstock Drug Syringe And Cooked Heroin 76081889.Jpg.pagespeed.ic .41Manhyi86 H3Nnu 1200X0 1
sumber: the stand news

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki heroin, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Akta Senjata 1958 kerana memiliki parang dan pisau. Fuhh panjang nau akta kesalahannya! 

Adik-adik, tolonglah elakkan diri dari terlibat dengan sebarang jenayah. Baru tingkatan empat dah ada rekod buruk. Aduhai! 

Baca: Bapa Bunuh Lelaki Yang Cuba Merogol Anaknya Dengan Parang Di Tawau

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.