in

Pasangan India Kongsi Bajet Perkahwinan Simple, Dilabel ‘Kedekut’ Oleh Tetamu

Sp5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini ramai idamkan majlis perkahwinan yang mewah, tetapi ada juga pasangan muda sekarang lebih memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan bajet. Namun begitu, tidak semua yang akan bersetuju dengan cara ini terutamanya golongan tua yang sudah terbiasa dengan jemputan yang ramai.


Menurut WORLD OF BUZZ, Thaniya Logiswaran wanita berbangsa India dari Malaysia telah berkahwin dengan Logiswaran Arumuggam Pillai pada awal November yang lalu. Walaupun majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar, namun difahamkan, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan majlis mereka.

Melalui Facebook, Thaniya menerangkan walaupun perkahwinannya telah berhari-hari berlalu, tetapi masih menjadi perhatian. Ada pihak yang mengatakan Thaniya hanya membawa malu kerana membuat majlis perkahwinan yang simple.

Ada orang yang rasa saya membawa malu kepada masyarakat kerana mengadakan majlis perkahwinan bajet dan panggil saya kedekut,” kata Thaniya.

Menurut Thaniya lagi, dia sedar bahawa orang ramai tidak mengambil kisah tentang perbelanjaan dan persediaan yang dilakukan kerana mereka hanya tahu mencari kekurangan melalui apa yang dilihat. Meskipun begitu, masih ada rakannya yang menyokong dan ingin mencontohi majlis perkahwinan seperti yang dilakukannya.

Dalam entri Facebook Thaniya yang ditujukan kepada golongan pakcik dan makcik serta masyarakat, dia menerangkan tentang situasi yang dihadapinya dan pasangan di mana mereka baru berusia 20-an dan baru mula bekerja serta mempunyai banyak komitmen lain.

Antara komitmen itu seperti pinjaman kereta dan rumah, berbelanja untuk pembelian perabot rumah baru dan membayar semula pinjaman PTPTN. Selain itu, Thaniya turut menekankan bahawa dia ingin mengadakan majlis perkahwinan mengikut kemampuan tanpa perlu berhutang. Betul tu!

Bukan semua orang idamkan majlis perkahwinan yang mewah, lebih baik kalau kita berbelanja mengikut kemampuan. Bagi yang berduit dan inginkan majlis perkahwinan yang mewah, itu pilihan mereka, sama juga bagi yang nak buat secara ringkas. Paling penting, pasangan mempelai tidak berhutang, tidak menyusahkan orang lain dan hidup bahagia.

Buat majlis perkahwinan ikut kemampuan je. Sebab lepas kahwin lagi banyak nak guna duit sebenarnya tau! Selamat Pengantin Baru!

Baca: Pasangan Pengantin Ini Hanya Belanja RM1,350 Untuk Perkahwinan Mereka. Begini Caranya…

Sp6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.