“Kuatnya mak, tergugat rasa” – Netizen Teruja Lihat Ibu 60 Tahun Ini Panjat Gunung Dengan Anak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau tak ada aktiviti di hujung minggu, remaja masa kini gemar mengisi waktu mereka dengan mendaki bukit atau gunung bersama rakan dan keluarga. Mungkin bagi sesetengah orang ia adalah hobi buat orang muda-muda, namun tahukah anda mereka yang senior pun masih gagah dalam menceburi aktiviti seperti ini.

Menurut mStar, seorang wanita berusia 60 tahun yang juga ibu kepada cikgu ‘sado’ yang pernah tular suatu masa dulu telah menarik perhatian netizen apabila dia berjaya menawan puncak Gunung Baling yang berketinggian 546 meter dari aras laut. Wow hebatnya! 

Sumber: Instagram

Kejayaan ibu ini telah dimuat naik oleh anaknya sendiri, Muzaimi Abdul Bakhtiar atau lebih terkenal dipanggil Jimmy Jejai di Instagram pada 25 Disember lalu.



“Alhamdulillah… liku-liku mendaki puncak Gunung Baling berjaya dirempuh! Dah naik tu susah, nak turun tu lagilah mencabar. 

“Tapi apa yang best saya nak cerita dalam moment ini… I’m so proud with my mom. She’s 60 (the oldest among us) and she beat the rest damn well! And what made me so amazed, mama tak pernah cakap atau minta nak rehat walau sekalipun!” tulis Jimmy.

Sumber: Instagram

Jimmy yang juga pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda Pendidikan Sains Sukan dan Kejurulatihan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata, inilah kali pertama ibunya memanjat gunung bersamanya dan itulah juga pertama kali mereka memanjat Gunung Baling.

“Saya risau tengok dia tak minta nak berhenti (berehat) pun, tapi saya minta dia berhenti dan tidak memaksa diri,” katanya.

Sumber: Instagram

Anak beranak tersebut telah memulakan pendakian mereka seawal jam 5 pagi dan berjaya sampai ke puncak gunung tersebut pada tiga jam kemudian. Kata Jimmy lagi, ibunya bukanlah seorang yang aktif dalam aktiviti lasak dan hanya gemar membuat kerja rumah untuk kekalkan stamina yang tinggi.



“Dia tidak berlatih pun sebelum panjat gunung itu dan pada asalnya saya ingatkan gunung itu tidaklah mencabar sangat.

“Tapi mama kuat dan mahu naik terus sampai ke atas,” tambah Jimmy lagi yang mengakui ibunya gemar memakan lauk-pauk kampung serta ulam-ulaman.

Sumber: Instagram

Foto yang dimuat naik Jimmy di Instagram telah menjadi bualan para netizen yang rata-rata ‘mencemburui’ kegagahan yang dimiliki ibunya serta kagum melihat kudrat wanita yang sudah berusia ini dalam mendaki puncak gunung yang tinggi.

Sumber: Instagram

Korang macam mana pulak? Rasa tergugat tak dengan mak Jimmy tu? Semoga makcik terus diberikan kesihatan yang baik. 

Baca: Lelaki Ini Peroleh PhDnya Pada Usia 72 Tahun, Jadi Inspirasi Anak Muda Sekarang



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!