“Balik kerja penat-penat, tengok isteri dari atas sampai ke bawah tak terurus langsung….”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa tidaklah semudah yang disangka. Perlu menjaga rumah, menjaga anak dan suami sekaligus adalah suatu cabaran yang hebat bagi perempuan bergelar isteri dan ibu. Di samping menjaga keperluan mereka, isteri juga turut sentiasa kelihatan cantik dan menawan untuk memikat hati suami.

Tetapi, ada juga sesetengah suami yang tidak faham akan tugas isteri dan menganggap bahawa tugas itu tidaklah seberat mana. Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Facebook, di mana seorang suami mempersoalkan tugas sebagai seorang isteri.

Gambar hiasan

Ibu saya pelik dengan isteri saya tu, rumah tidak pernah terkemas, tiap malam mengadu penat lah, letih lah sedangkan saya yang kerja tiap hari”

Yang peliknya ibu, kenapa isteri saya tidak pernah berhias dekat rumah. Balik kerja penat-penat tengok isteri dari atas sampai kebawah tak terurus langsung”

Menurutnya, lelaki berkenaan meluahkan perasaan kepada ibunya tentang keadaan isteri. Dia tidak berpuas hati kerana isterinya itu sentiasa mengadu penat sedangkan dia hanyalah seorang suri rumah. Malah, isterinya juga tidak pernah berhias untuknya. Kemudian ibunya itu menerangkan bahawa,



Suri rumahtangga bukanlah hanya tertumpu pada membersihkan rumah, memasak dan menguruskan anak. Tetapi ia juga banyak menggunakan tenaga dan fikiran.

Tetapi ibu, kenapa jaranglah saya tengok rumah saya tu terkemas rapi,” tanya lelaki itu kepada ibunya.

Gambar hiasan

Ibunya menjelaskan lagi bahawa isterinya itu banyak menumpukan perhatian kepada anak mereka. Benar, ia kelihatan mudah tetapi sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memastikan anaknya itu tidak menangis atau perkara-perkara buruk yang mungkin boleh terjadi.

“Anak kamu dapat perhatian sepenuhnya dari isteri kamu sebab tu isteri kamu nampak letih setiap hari. Sebenarnya kamu kena faham isteri ni dekat mulut je cakap letih tetapi sebenarnya dia nak perhatian dan belaian daripada suami dia..”

Kemudian lelaki itu seolah-olah tidak puas hati dengan penjelasan dari ibunya, dan dia mempersoalkan hal tidak menghiaskan diri untuk dirinya itu. Kemudian jawab ibunya,

“Cuba kamu bayangkan, baru nak buka bedak anak dah menangis. Baru nak bersiap cantik-cantik anak dah tarik semua tudung. Macam mana nak berhias kalau macam tu?”

Akhirnya lelaki itu terima kesemua penjelasan ibunya dan barulah dia sedar bahawa tugas sebagai seorang suri rumahtangga bukanlah mudah.

“Jadi kamu sebagai suami janganlah kamu bandingkan isteri kamu dengan kawan-kawan tempat kerja. Dia dah berkorban untuk anak-anak dan kamu..”

Benar. Ramai yang menganggap remeh tentang tugas sebagai sorang suri rumahtangga. Harap kisah ini dapat dijadikan contoh buat kaum suami di luar sana! 🙂



Baca: Inilah Penderitaan Mental Terhadap Wanita Yang Masih Ramai Tidak Sedari

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.