AWAS! Lelaki Psiko Tendang Wanita Tidak Serik, Kembali Lakukan ‘Aktivitinya’ di Bank Negara

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Anda masih ingat lagi kes lelaki ‘gila’ menendang wanita daripada arah belakang yang tular suatu ketika dulu? Suspek sebelum ini pernah ditahan kerana melakukan perbuatan kejinya di Dayabumi sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap mangsa.

Baru-baru ini, suspek dikatakan kembali mengganas apabila tersebarnya sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan lelaki tersebut melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang wanita di  jejantas dari Bank Negara (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut pada 6 November lalu. 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menurut Berita Harian, kejadian tersebut telah berlaku pada jam 1.30 petang di mana mangsa berusia 35 tahun pada ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Jalan Raja Laut.



Mangsa yang berseorangan telah keluar daripada pintu BNM secara tiba-tiba ditendang oleh suspek dari arah belakang hingga mangsa jatuh terduduk di atas tangga jejantas berkenaan. Akibat daripada tendangan tersebut, mangsa mengalami sakit belakang. Aduh sakit gila tu!

Sumber: Facebook

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek yang melakukan perbuatan tersebut dipercayai adalah orang yang sama dan pihak polis kini sedang giat mengesannya.

Lelaki tersebut juga difahamkan baru sahaja dilepaskan daripada penjara pada Julai lalu. Lepas keluar buat balik kerja jahat tu!

Sumber: Facebook

Sebelum ini, suspek juga pernah ditahan atas kesalahan membawa parang masuk ke dalam BNM pada tahun 2013. Pada tahun lalu pula, suspek ditahan kerana menendang seorang wanita di laluan pejalan kaki ke Stesen Komuter Bank Negara.

“Berdasarkan kes terdahulu, kami mengesyaki suspek mengalami kecelaruan mental, namun kami masih menungu laporan perubatan mental suspek,” kata Shaharudin.



Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Hati-hati kepada pengguna yang melalui jejantas tu! Semoga suspek ditahan dengan secepatnya. Takut pula bila ada penjenayah jenis macam ni… 🙁

Baca: Lelaki Psiko Tidak Boleh Terima Kenyataan Ditinggalkan, Hentak Kepala Teman Wanita Dengan Bata

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!