in

8 Korean Fried Chicken Paling Best Anda Perlu Cuba di Lembah Klang!

Korean Chicken

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda sering melihat ramai menikmati korean fried chicken namun tidak tahu di mana anda boleh dapatkan yang paling sedap? Anda tidak perlu risau dan anggap masalah itu sudah selesai kerana kami akan membantu anda dengan menyenaraikan 8 restoran yang menghidangkan korean fried chicken paling best di Lembah Klang!


 

1. KyoChon

Kyo2
sumber: instagram

Ramai penggemar korean fried chicken sanggup beratur panjang ketika cawangan pertama dibuka di Malaysia. Anda boleh pilih wings, drumettes atau drumsticks dalam tiga perisa berbeza: original soy, spicy red dan honey.

Mereka juga ada boneless chicken strips bersama jambalaya, honey mustard atau sos red spicy.

Instagram: KyoChon Malaysia

Website: KyoChon Malaysia

Kyo1
sumber: instagram
Kyo
sumber: instagram
Kyo4
sumber: instagram

 

2. 4Fingers

Finger1
sumber: instagram

Restoran rangkaian dari Singapura ini tidak menggunakan MSG atau bahan pengawet dan hanya menggunakan ayam segar sebelum disalut dengan sos pedas atau sos garlic.

Website: 4Fingers

Facebook: 4Fingers Crispy Chicken Malaysia

Finger2
sumber: instagram
Finger3
sumber: instagram
Finger
sumber: instagram

 

3. Nanda Chicken

Nanda3
sumber: instagram

Meskipun terkenal dengan ayam goreng yang dihidangkan bersama cheese leleh atau dipanggil snow cheese chicken, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba spicy fried chicken dan crispy soy sauce chicken di sini.

Instagram: Nanda Chicken

Facebook: Nanda Chicken

Nanda6
sumber: foodeverywhere
Nanda5
sumber: instagram
Nanda4
sumber: instagram

 

4. Sweetree Restaurant

Swee2
sumber: instagram

Restoran yang terletak di Ampang ini turut menghidangkan makanan lain seperti chicken chop dan sambal udang. Kalau pertama kali nak cuba, order lah spicy chicken bibimbap!

Instagram: sweetreerestaurant

Facebook: Sweetree

Swee1
sumber: instagram
Swee3
sumber: instagram
Swee4
sumber: instagram

 

5. Pelicana Chicken

Peli3
sumber: followmetoeatla

Sekali pandang mungkin nampak seperti ayam goreng biasa, tetapi Pelicana Chicken mempunyai lima perisa berbeza. Anda boleh pilih original crunchy, original peli, spring onion peli, charcoal BBQ peli atau super hot spice peli. 

Rangup di luar, juicy di dalam. Ayam goreng di sini dihidang dalam portion yang besar dan banyak!

Facebook: Pelicana Chicken Malaysia

Peli1
sumber: followmetoeatla
Peli2
sumber: followmetoeatla
Peli4
sumber: followmetoeatla

 

6. BBQ Chicken

Bbq1
sumber: malaysian flavours

Mempunyai lebih 10 cawangan di Malaysia, BBQ Chicken mempunyai 11 jenis ayam yang dihidangkan termasuklah Jerk BBQ Chicken, Korean Charbroiled Chicken, Golden Deep Fried Chicken dan Gangjeong Chicken. 

Mereke turut mempunyai makanan lain selain ayam goreng seperti pizza, nasi goreng dan chicken steak.

Website: BBQ Chicken

Bbq2
sumber: malaysian flavours
Bbq3
sumber: malaysian flavours
Bbq5
sumber: instagram

 

7. EID

Eid1
sumber: radin fadli

Dimiliki oleh wanita Korea beragama Islam, Eid menghidangkan makanan-makanan korea seperti chicken kimchi stew, korean beef bbq dan tteokbokki. Kafe ini turut menyediakan sudut barangan dari Korea yang dijual seperti selendang direka khas.

Instagram: eid.halal.korea.bangi

Facebook: EID

Eid2
sumber: aliah syafiqah
Eid3
sumber: aliah syafiqah
Eid4
sumber: instagram

 

8. Hyo-Sun Korean Fried Chicken

Hyo2
sumber: angie tangerine

Terletak di The Curve, Mutiara Damansara, menurut pemilik restoran ini, Hyo-Sun membawa maksud hormatilah ibu bapa anda.

Uniknya di Hyo-Sun, ayam mereka dimasak dengan tiga cara yang berbeza. Perisa yang paling digemari ramai pelanggan di sini adalah honey, spicy atau crispy fried chicken.

Facebook: Hyo-Sun

Hyo4
sumber: angie tangerine
Hyo3
sumber: angie tangerine
Hyo1
sumber: angie tangerine

Haaaaa! Siapa peminat tegar ayam goreng tu dan boleh pergi serbu restoran di atas. Memang sedap, takkan menyesal!

Baca: 5 Tempat Chicken Wings di Lembah Klang Anda Wajib Cuba!

Page1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.